Sarawak FA kembali ke Kuching untuk pusingan pertama Piala FA

Pasukan Sarawak FA (SUII) yang dulu dikhabarkan akan bermain di Lembah Klang untuk musim 2020 akan memainkan perlawanan pusingan pertamanya di Kuching, Sarawak.

Menurut maklumat sebelum ini, Sarawak FA sudahpun dijadualkan akan bertemu dengan Real Chukai FC, namun maklumat lain seperti venue perlawanan, masa perlawanan dan tarikh perlawanan belum diumumkan.

Situasi ini menimbulkan spekulasi berkenaan lokasi perlawanan Sarawak FA untuk perlawanan tersebut kerana pasukan bimbingan Sam Timbe itu belum lagi mengumumkan venue mereka untuk musim ini biarpun pasukan tersebut banyak menghabiskan masa di Selangor.

Dalam perkembangan berkaitan, jadual perlawanan rasmi yang kami baru sahaja terima dari pihak Malaysia Football League (MFL) mengesahkan bahawa pasukan Bujang Senang akan menentang pasukan Real Chukai di Stadium Sarawak.

Ini bermakna perlawanan pusingan pertama Sarawak FA akan dilangsungkan di Kuching, sekaligus memberi harapan kepada peminat Sarawak FA untuk menyaksikan perlawanan tersebut secara langsung di stadium.

Perlawanan tersebut dijadualkan pada jam 8:15PM pada Ahad, 23 Februari 2020.

Dalam pada itu, persoalan yang kini bermain di minda ramai peminat Sarawak FA adalah jika Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) akan terus menetapkan ‘home’ Sarawak FA di Kuching, atau adakah ini satu langkah sementara.

Sementara kita menanti jawapan dari pihak FAS, di bawah adalah jadual lengkap Pusingan Pertama Piala FA 2020.

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top