Home English Football Mason Mount tinggalkan Chelsea untuk Manchester United

Mason Mount tinggalkan Chelsea untuk Manchester United

Pemain tengah Liga Inggeris, Mason Mount kini sah telah meninggalkan Chelsea dan berhijrah ke Manchester United.

Pemain berumur 24 tahun itu merupakan pemain pertama yang ditandatangani United pada musim ini dengan kelab tersebut juga turut mengumumkan kedatangan pemain serba boleh itu ke pasukan mereka di laman rasminya.

Menurut perkongsian di laman ManUtd.com, kelayakan Mount untuk menyertai Red Devils sememangnya tidak dapat dipertikaikan kerana beliau sudah memenangi Champions League dan bermain untuk England pada usia yang sangat muda.

Malah, laman tersebut juga menyatakan bahawa Mount telahpun bermain sebanyak 281 untuk pasukan senior kelab-kelab lamanya, sekaligus menggambarkan satu kerjaya yang pasi mengujakan apabila beliau bermain di Old Traffod kelak.

Sebelum itu, Mount sendiri mengesahkan beliau meninggalkan pasukan yang beliau sertai sejak berusia enam tahun lagi, Chelsea.

Beliau mula bermain untuk pasukan bawah 18 tahun Chelsea pada usia 15 tahun, dan kemudiannya membantu Chelsea memenangi Piala FA Remaja pada 2016.

RECOMENDED LINKS: