Home Malaysian football Kerajaan Sarawak sumbang RM3.5 juta kepada FAS

Kerajaan Sarawak sumbang RM3.5 juta kepada FAS

Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Sarawak, Datuk Karim Hamzah telah menyatakan bahawa Kerajaan Sarawak telah memberi Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) RM3.5 juta untuk permulaan musim Liga Malaysia.

Beliau menambah bahawa cek dengan jumlah tersebut telahpun diserahkan kepada pihak FAS malam tadi.

Karim dalam ucapan perasmian beliau juga menyatakan bahawa wang tersebut sebenarnya tidak mencukupi untuk FAS bagi menampung perbelanjaan pasukan Sarawak United, terutama sekali apabila pasukan terpaksa berulang alik ke Semenanjung Malaysia.

Beliau menambah bahawa beliau mahukan pasukan Sarawak United pada musim ini memperolehi kejayaan, dan juga mahu pihak FAS cemerlang dari segi pengurusan pasukan.

Selain mengumumkan pemberian wang RM3.5 juta oleh Kerajaan Sarawak, Karim juga berjanji akan berusaha mendapatkan beberapa ratus tiket masuk untuk peminat bola sepak dari Asajaya untuk menyaksikan perlawanan bola sepak melibatkan pasukan Sarawak United.

Karim membuat pengumuman diatas ketika majlis memperkenalkan pemain Sarawak United 2020 dan jersi rasmi pasukan tersebut.

RECOMENDED LINKS: