Ketua Jurulatih Kuching CIty FC, Irfan bakti berhajat membawa pasukan bimbingannya ke kancah Liga Super pada musim 2022.

Beliau memberitahu Harian Metro bahawa dalam mencapai sasaran tersebut, beliau berharap pemainnya akan fokus sepanjang musim selain meningkatkan lagi prestasi mereka.

“Sasaran kita sudah tentu untuk membantu pasukan mara ke saingan Liga Super musim depan walaupun sudah pasti pelbagai cabaran bakal dilalui pemain.” kata Irfan kepada Harian metro.

“Justeru saya mengharapkan pemain fokus sepanjang musim selain meningkatkan lagi prestasi masing-masing,” katanya lagi.

Irfan kini berada di Kuching dan sedang menjalani kuarantin 14 hari seperti yang ditetapkan oleh Jawatankuasa Bencana Sarawak (SDMC).

Jurulatih berpengalaman itu akan dibantu oleh mantan ketua jurulatih UKM FC, Sulaiman Hussin pada musim ini.

Pada musim lepas, Kuching City telah menamatkan musim di tangga ke-empat Liga Premier, dan melayakkan diri ke Piala malaysia buat julung kalinya.