Pasukan Bujang Senang dilaporkan telah ke Sri Pentas yang merupakan pusat media dan ibu pejabat bagi rangkaian Media Prima kelmarin.
Media Prima adalah penaja utama Liga Malaysia pada musim ini, dengan hak esklusif keatas sebarang penyiaran Liga Malaysia.
Adalah difahamkan, pemain-pemain Bujang Senang telah dipelawa ke Sri Pentas bagi menjalani sesi pengambaran yang berkaitan dengan satu produksi berkaitan Liga Malaysia.
Menurut sumber yang dipercayai, pemain Sarawak FA telah ke studio Prime Works, yang merupakan anak syarikat Media Prima, dimana mereka dikehendaki mengambil gambar di hadapan layar hijau.
Adalah dipercayai gambar-gambar serta video yang diambil pada sesi penggambaran tersebut akan digunapakai bai mempromosikan Liga Malaysiadalam masa terdekat.