Pemain pertahanan pasukan Sarawak, Hairol Mohktar berazam untuk membalas kepercayaan yang diberikan pihak pengurusan Sarawak FA kerana mengekalkan khidmatnya musim ini.
Ditemuramah pihak Stadium Astro minggu lalu, pemain pertahanan berpengalaman Sarawak itu berkata beliau amat teruja dan berterima kasih kepada jurulatih kerana memberinya peluang untuk beraksi minggu lalu.
Hairol tersenarai dalam kesebelasan utama menentang Terengganu minggu dalam aksi suku akhir pertama Piala FA setelah digantung tujuh bulan oleh pihak Persatuan Bolasepak Malaysia (FAM) setelah didapati bersalah berkelakuan ganas terhadap pengadil musim lalu.
Adalah dijangka Hairol akan sekali lagi diberi kepercayaan penuh mengemudi barisan pertahanan Sarawak FA esok bagi memastikan Selangor FA hampa di tempat sendiri.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Harap semua yang dirancang oleh Team Sarawak menjadi…#doakanSARAWAKmenang
ada live x ?
Xda. Tapi no live no problem nak. So xda masalah xda live
nang xda masalah..mun ada bgs lagik..
Cnfirm mnang main kt sarawak klak..sarawal 3-1 terengganu
Performance nya towk outlah😬