Laman web SarawakCrocs telah diwujudkan pada tahun 2013, dan kami telah menjadi pemerhati kepada arena bolasepak Sarawak.
Dari segi kuasa, tiadalah pula kami miliki. Kami lebih kepada memastikan anda tidak lupa bahawa bolasepak Sarawak wujud, dan perlu diberi perhatian. Kami juga ingin memastikan berita bolasepak Sarawak ada untuk dibaca.
Kami telah bertegas, dari hari pertama, tidak akan mencampur adukkan laman kami dengan berita-berita tidak berkaitan dengan bolasepak, kecuali ianya ditaja. Oleh itu, kami amat bangga kerana laman SarawakCrocs, baik di Facebook, twitter dan IG, hanya diupdate berkenaan isu bolasepak.
Pada tahun sama, Sarawak FA telah memenangi liga Premier.
Kita gembira, peminat gembira, FAS gembira. Namun, kini, pada tahun 2018, cerita yang kita tuliskan hanyalah cerita duka.
Itulah sebab pada bulan Jun, SarawakCrocs tidak seaktif dahulu. Kami sukar membawa berita kerana semuanya berita negatif. Hanya kurang sepuluh artikel ditulis.
Kini kami kembali dengan harapan baharu. Harapan yang bagi kami lebih baik untuk bolasepak Sarawak.
Selama ini, kami telah sering menyokong idea bolasepak komuniti dan bolasepak setempat, tetapi kali ini, kami mahu suara kami lebih kuat lagi.
Kami mahu pasukan bolasepak Sarawak FA dibubarkan supaya bolasepak komuniti boleh dimekarkan lagi

Keadaan kini adalah amat sesuai. Bolasepak Sarawak di dalam keadaan paling tenat. Ada ura-ura menyatakan penggantian pemain dan jurulatih bakal berlaku lagi musim hadapan, dan akan rombakan di dalam pasukan bakal dibuat.
Persoalan kami, sampai bila kita nak rombak pasukan? Sampai bila nak buang duit RM4 juta dari Kerajaan Sarawak untuk membayar gaji pemain import?
Sampai bilakah Sarawak harus menghadkan penyertaan pemain di dalam pasukan bolasepak profesionalnya kepada 25 orang sahaja apabila bakat bolasepak kita jauh lebih banyak?
Sampai bilakah FAS terus perlu dihantui kos dan tugas membawa sebuah pasukan? Oleh itu, di bawah ini adalah hujah kami. (Hujah ini kami sudah letakkan di twitter kami):
- Jangan salah faham. Kami tidak mahu FAS dibubarkan. Kami mahu pasukan bolasepak Sarawak FA dibubarkan. Mengapa? Bacalah…
- FAS adalah persatuan. Kita perlukan satu persatuan yang ‘menjaga’ dan memantau bolasepak di Sarawak. Kita perlukan persatuan untuk mempromosikan bolasepak, serta membangunkan bolasepak di segala peringkat tanpa hadir pilih kasih. Itu peranan FAS.
- Permintaan kami adalah untuk membubarkan pasukan negeri Sarawak FA supaya FAS tak sibuk lagi jaga pasukan bola. Mereka lebih fokus kepada pembangunan bola. Pembubaran pasukan Sarawak FA juga akan memberi ruang pasukan bukan milik FA berkembang.
- Bayangkan jika di Sarawak, kita ada pasukan2 dari Miri, Bintulu, Sibu, Kuching dan sebagainya di Liga Malaysia. Seluruh Sarawak ada pasukan bolasepak yang boleh dibanggakan. Ada perasaan setempat. Ada pasukan bolasepak komuniti. Alangkah indahnya.
- Pada ketika dan masa itu, tidak lagi orang Sarawak hanya menyokong sesebuah pasukan secara jarak jauh. Tidak lagi mereka di limbang berkata ‘kami sokong Sarawak FA’ tetapi mereka tidak pernah satu kalipun melihat pasukan tersebut di stadium.
- Bah… Bayangkan… Ada yang mungkin kata, infra takda, duit takda… Nak buat apa? U guys kat SarawakCrocs ni ambitious and crazy. Ur far from reality. Our answer to that is simple. We have a dream, and great things start with a dream.
- Kenapa nak mimpi menang Liga Super sahaja bila kita boleh buat lebih dari itu? Negeri lain sibuk nak ikut JDT. Biarkan. Kita buat ikut acuan kita dan kemampuan kita. Tapi janganlah plan nak setahun lepas tu call it a day. Things like this take time.
- FAS boleh bantu semua kelab baru menjana ekonomi. Jangan harap ehsan dan sponser LSC sahaja. Byk cara nak buat duit kalau mahu. Pasal fasiliti, jangan risau.. Slow slow… Nina jenama pasukan, bina perasaan sayang akan pasukan tempatan.
- Pada peringkat awal, FAS boleh tolong distribute geran and funding to other teams to empower them. Impart knowledge. Theres a huge amount of possibilities. Asal maok ajak. Jadi bubarlah Sarawak FA. FAS fokuslah pada pembangunan bolasepak.
#bubarSarawakFA. Masanya telah tiba. Imagine with an RM4mil grant a year from Sarawak government in a year, we can do so much to develop our team(s), and bukan asyik bayar gaji pemain import.. LOOK AT SELANGOR’s community league. DONT LOOK AT JDT. They are in a class of their own. They have the money, we don’t. BUBARLAH SARAWAK FA.
Samada anda setuju atau tidak, itu pilihan anda, tapi kami percaya, bolasepak komuniti di Sarawak HARUS dibangunkan.
…dan jangan lupa LIKE kami di Facebook.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Bnar ya admin sokong 100%
Saya sokong
Setuju 👍👍.. Team status kelab bnyak kt sarawak tok tpi pemain luar juak diembak.. Apuuu
hahaha bgus2 kita bubarkan hahaha
🤭🤭🤭
Saya sokong satuju
Molah penjenamaan baru jak.. Jd FA kpd FC..
Ting ting tang ting 🤪🤪🤪
wow
Selagi org yg sama DLM fas jgn mimpi team swk akan maju, bubar 100 Kali pun, xguna , mun masih org yg sama DLM fas, harap tutup terus fas ya , senang cerita,
Tollllll
Klo bubar nti bobby nk main kt mna..syg woo😑
bobby hntr sabah sni la haha
Lps ni s
SARAWAK pa jadi nya?
jadi macam terengganu dolok persatuan kinet tok dah jadi kelab
Bubar semua player..tolak boby jak …nama swk pn tukar…tukar kpd swk bumi kyalang…
Setuju….
Banyak makan gaji buta …main nk x nk jak…
Bubar tukar bru pemain…jurulatih pn tukar
bobby stay, ambik chanturu, asri chu chu, shamie, tommy, s.chanturu. import dari thailand
Bangunkan bola sepak komuniti tanpa membubarkan Sarawak FA . Klau player bola sepak komuniti ada yg bpotensi dimna mereka boleh membuktikan bhwa srwk mpunyai player yg bagus2 klau x dbwa ke dlm team srwk ? Klau pmain yg brbakat hnya bmain di dlm liga komuniti sja smpai bila pun srwk x akn mmpu mjdi pncabar pasukan lain . Biar kita ada turun naiknya utk mjdi team yg kuat . Klau dibubarkan, sia2 sja impian para pmain liga komuniti yg dpilih utk mewakili srwk .
Kenapa tidak bangunkan liga komuniti dan pasukan komuniti menjadi pasukan professional? Kenapa tidak Miri United FC vs Sibu City FC suatu hari nanti di peringkat akhir Piala Malaysia? Kalau Sarawak FA masih ada, maka pasukan tertinggi hanya Sarawak FA. Pasukan lain sukar untuk bangkit sebab semua dana disalur pada Sarawak FA. Orang Miri, Lawas, Kapit terus terpinggir.
Boleh lah
Memang patut bubar..
Nak dlm persatuan maok grant.. Ney ndak x pndei berubah..
Setuju bossku 🙊
embak balit yg taun lepas punya msti kuat
mls mok ambk tauk dh..kbye 🤣🤣
Sarawakian fc.
L
Sarawak FA boleh fokus 100% dengan memantau suasana bola sepak di negeri Sarawak dengan mentadbir Liga Sarawak.
Sokong!
Buat liga tempatan sarawak pilih pemain baru..
Padan muka…
dah lama aku “komen”
Haaa…
Caaantik…
Gembiranya si “dia”
Malas dah sku dh.sarawak2 apa dh jadi.
Bagi saya dari peringkat sekolaj rendah kita cari bakat pelajar dan menengah kita latih mereka di sebuah sekolah yang ada kemudahan padang bola sepak yang baik dan cari bakat di seluruh sarawak terutamanya pelajar dari luar bandar.
Kalau ada pasukan tempatan professional, mereka boleh dibangunkan semasa muda. Bila usia 18 baru mereka berhijrah ke kelab lebih besar jika mahu.. Itulah yang sebaiknya. Bukan semua harap nak main utk Sarawak FA… Pada usia 13 atau 16 dah kena tingal rumah… Mmg susah.
Kamek lihat banyak pelajar yang berbakat macam di sk bandar samariang bila masuk sekolah sukan tabuan habis tingkatan 5 susah nak pergi jauh macam di negeri terangganu budak yang berbakat di letak satu sekolah rendah untuk bermain di peringkat negeri
Azaman B. Awg Hobri Itu sebab wujud keperluan banyak lagi pasukan profesional di Sarawak. Kalau nak harap Sarawak FA jak, berapa jak tempat. Baruk 25 semusim.. dahla budak kecik yang mungkin tak nak pergi jauh. Biar mereka diberi pengalaman di peringkat tempatan melalui pasukan pro dalam sarawak.. kalau dah matang, boleh ke luar sarawak
SarawakCrocs kalau dapat banyakan liga di peringkat sekolah rendah dan menengah contohnya yayasan bank rakyat selalu terlibat dlm penganjuran 1 murid 1 sukan dan pasukan yang juara akan mrwakili swk ke semanjung dan 2/7/2018 tok mereka adakan pertandingan 7 sebelah di sk bandar baru samariang antara zon Adan zon B 16 sekolah utk wakil swk ke semanjung.
Azaman B. Awg Hobri betul. Itu adalah fungsi FAS. Dan alangkah baiknya jika ada pasukan professional tempatan yg boleh membantu anak2 kecik ini supaya mereka meningkat dr segi skil dan permainan.
Setuju…pilihlah pemain yg betul² pemain bola sepak….bukan nak main²..saya sbg org Sarawak pun terasa bila sindiran dan gurauan yg dilemparkan oleh org luar Swk…mempersendakan dan jd bahan lawak mereka…”Sudah Tiba Masanya”…Ubahlah untuk kebaikan FAS amnya dan Negeri Sarawak khasnya…
ramai pemain dr luar bandar yg boleh kita bg peluang sbnr nya,tp x d pandang dan x beri peluang atas sbp blm berpengalaman d peringkat yg lbh tinggi,tp klu kita fkir blk jika x d beri peluang maka dr mana pengalaman itu akn dtg
Begitulah cara berfikir👍🤐
Bubar pentadbiran@ pengurusan & pemain..
Bubar terus…xpayah main bol agk padah ngan FAS…main guli jk pok…
Untuk menubuhkan kelab Sarawak FC yang power, kita memerlukan at least 100 000k supporters yang menggilai dan obses dengan bola sepak Sarawak yang sanggup beli saham RM 100 setahun tanpa mengira jatuh bangun pasukan untuk 5 tahun pertama.. ala kedak team team tersohor Eropah ketika mula mula ditubuhkan… Off course as time progress Kita juga mau kelab kelab sekitar Kuching berkembang juak..
👍 boleh d ketengah idea tok.
utk sarawak setuju d bubar hanya bobby yg tgl lain out dan ambil kembali pemain anak jati sarawak yg brmain ngan pasukan d semanajong
yang lebih penting jl dan pengurus yg ada skrg letak jawatan ambil jurulatih baru anak sarawak yg br pengalaman seperti jajil ramli ngan geng nya dan utk pengurus kapt dato guzar atau penolong nya ali shapiee baru sarawak maju
saya cadang kan agat staduim baru d bina d tengah 2x sarawk seperti sibu baru ramai org tengok pasal nya d tengah 2x
Bt team ikt bndr ja…hbis crta😂😂😂…mcm Limbang Wanderers fc ka, Miri Sea Stallion fc ka, Sibu Raptors fc ka, Kuching City Fc ka😂😂😂…
Exactly.
💯 % agreed….bagi saya, biar la FAS ditugaskan sebagai pemilik dan pengurus liga domestik sahaja. Sekiranya kch atau mana mana bahagian atau syarikat lain yg berminat bermain dlm liga malaysia…..FAS perlu beri moral support
Sangat betul. Ini yang kita mahu. Tak perlu FAS gago dgn team.
Kpi x smpei….berik org lbh berkaliber utk mentadbir Srwk f.a…berundur secara terhormat demi kemajuan bola Sepak Sarawak..
Setuju sangat.