Pengendali skuad Piala Presiden Sarawak, S Veloo tetap gembira dengan persembahan anak buahnya walaupun seri 2-2 menentang PDRM khamis lalu. 

Menurutnya lagi, corak permainan yang ditunjukkan oleh pemain muda Sarawak meningkat dengan baik sekali berbanding perlawanan menentang Felda United minggu lalu. 

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Memetik laporan dari Borneo Post, S Veloo turut beranggapan bahawa anak buahnya menunjukkan potensi sebenar minggu ini dan berjaya menterjemahkan perancangan taktikal seperti yang dirancang.  

S Veloo turut berharap bahawa pemainnya dapat memberikan 100% dalam 90 minit masa perlawanan untuk meneruskan momentum positif dalam perlawanan yang akan datang. 

Pasukan Piala Presiden Sarawak dijadualkan akan menentang pasukan Pulau Pinang Khamis ini di Stadium Negeri.