Pemain sayap Nur Shamie Iszuan hari ini menunjukkan kepada rakyat Malaysia bahawa Sarawak tidak ketandusan bakat muda di dalam bolasepak.

Pemain muda yang berasal dari Kuching ini telah mendapat pujian melangit daripada pelbagai pihak, termasuk pengacara Astro Arena selepas menunjukkan aksi yang cemerlang di dalam perlawanan persahabatan pasukan bawah-22 tahun Malaysia.

Di dalam perlawanan tersebut, Shamie telah membantu pasukan bimbingan Frank Bernhardt menjaringkan dua gol dan telah bertindak cemerlang membuat hantaran-hantaran penting bagi memastikan pasukan Malaysia mengasak kubu Filipina secara bertali arus.

Beliau juga telah berjaya membaca gerakan-gerakan menyerang rakan sepasukannya dengan baik, sekaligus membolehkan Malaysia memperolehi lebih sepuluh percubaan tepat pada separuh masa pertama perlawanan.

Seorang lagi anak Sarawak yang turut beraksi di dalam perlawanan malam ini adalah Rodney Celvin Akwensivie.

Sungguhpun demikian, ketumpulan jentera serangan Filipina menyebabkan bakat Rodney tidak terlalu menonjol sepanjang perlawanan.

Di dalam perlawanan persahabatan pasukan bolasepak bawah 22-tahun Malaysia menentang pasukan bolasepak bawah-22 tahun Filipina tadi, pasukan negara menang mudah 4-1.

DISCLAIMER: SarawakCrocs is not responsible for views and comments made by readers and followers in relation to this article. The view and comments are owned by the account owner and does not, in any way reflect what we stand for. All liabilities and risk stemming from the comments that are published are the responsibility of the account holder. Thank you. SarawakCrocs Tribal jersey