Samsung Galaxy S7 Edge bakal diperolehi percuma

Ramai yang tahu bahawa SarawakCrocs membuat liputan twitter secara langsung, perlawanan-perlawanan Sarawak FA.

Di dalam keghairahan kami membuat ‘tweeting’ berkenaan perlawanan tersebut, hadir keperluan untuk kami menaik taraf, atau kadang-kadang menggantikan sistem komunikasi kami bai membolehkan kami terus membuat liputan.

Disebabkan keperluan tersebut, satu laman bernama ShopBack telah ditemui semasa membuat pencarian cara berjimat apabila membuat pembelian online.

ShopBack adalah satu laman yang membenarkan anda mendapat lebih penjimatan apabila membeli barangan daripada laman-laman membeli belah polular online, seperti Lazada. Dengan ShopBack, kami boleh membeli perkakasan yang kami perlukan dan mendapat rebat tunai daripadanya.

Gambar dibawah menunjukkan bagaimana ShopBack berfungsi.

Jika anda lebih suka menonton video, video youtube dibawah akan lebih membantu juga untuk menaikkan pemahaman anda.

Buat masa ini, SarawakCrocs menggunakan telefon asas sahaja untuk membuat liputan perlawanan, dan ini dapat dilihat dengan gambar-gambar yang kurang memuaskan yang digunakan di laman ini.

Oleh yang demikian, hadir keinginan kami untuk menaik taraf sistem komunikasi kami kepada Xiaomi Mi Mix yang amat berkuasa untuk menjalankan operasi kami di stadium.

Jika Mi Mix tidak dapat diperolehi, telefon jenama Samsung Edge S7 menjadi pilihan dan keingin kami seperti yang anda lihat dibawah.

Untuk memastikan gambar kami lebih berkualiti pula, kami juga ingin mengumpul dana untuk membeli sebuah kamera digital yang mempunyai ‘zoom’ yang panjang. Kamera dengan zoom yang panjang akan membolehkan kami mengambil gambar aksi di padang dengan mudah, sekaligus memperbaiki gambar-gambar yang kami ambil ketika perlawanan. Di sini, Camera Canon dibawah, dengan kebolehan zoom sejauh 25X menjadi plihan hati.

Dengan camera dan telefon pintar yang bagus, kini wujud juga keperluan untuk mempunyai sebuah kpmputer riba yang baik bagi membolehkan kami menulis artikel berkaitan dengan baik. Di sini, laptop Xiaomi Notebook Air daripada AliExpress menjadi pilihan.

Jika disertakan dengan headphone serba canggih Xiaomi Piston, turut mendapat rebat dari Shopback jika dibeli dari AliExpress, seperti di bawah, yang turut menjadi idaman kami, sudah pasti ianya akan membantu kami menghasilkan video dan rakaman, serta laporan perlawanan yang terbaik.

Tetapi, artikel ini bukanlah untuk meminta anda membelikan, atau mengumpul dana bagi kami, tetapi lebih kepada berkongsi bagaimana kami ingin menjadikan harapan pembelian kami itu realiti.

Dengan ShopBack, segala pembelian kami di atas talian mendapat rebat (pulangan wang), dan dengan demikian, jika dikumpul, bakal membolehkan kami pada masa hadapan menaik taraf sistem komunikasi kami.

Buat masa ini, RM77 sudah berjaya dikumpul, jadi, harapan kami adalah jumlah ini akan bertambah pada masa hadapan. Jika anda juga mahukan sesuatu secara percuma, cubalah mengumpul dana dengan ShopBack. – Benda bagus jangan sik dishare. Sik rugi cuba bah…

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top