Pasukan Piala Presiden Sarawak FA berjaya mengikat pasukan tuan rumah PDRM 2-2 dalam saingan Piala Presiden minggu lalu. 

Perlawanan tersebut menyaksikan gol-gol awal dicipta oleh pasukan tuan rumah seawal minit ke-6 perlawanan.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Pasukan Sarawak berjaya menyamakan kedudukan tiga minit kemudian melalui jaringan oleh Muhammad Aliff Kepli. 

Sarawak meletakkan diri di hadapan hasil jaringan kapten pasukan Nor Azizi Ramlee pada minit ke-22, namun pasukan lawan berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke 29 bagi meletakkan kedua-dua pasukan kembali terikat.

Sungguhpun kedua-dua pasukan saling berbalas serangan selepas itu, tiada sebarang gol tambahan berjaya dijaringkan sehingga wisel penamat.

Pasukan Piala Presiden Sarawak kini bersiap sedia untuk menghadapi perlawanan seterusnya menentang Pulau Pinang di Stadium Negeri Petra Jaya pada 9 Mac ini. 

1 COMMENT

Comments are closed.