LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

bekas pemain import Sarawak United, Taylor Regan mengesahkan bahawa dirinya tidak akan bersama pasukan Kenyalang Emas pada musim hadapan.

Pengesahan tersebut dibuat regan dalam temubual esklusif Astro Arena.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Dalam temuramah tersebut, Regan mendakwa dirinya dilepaskan oleh Sarawak United kerana kelab tersebut beranggapan gaji beliau terlalu besar.

“Sebab saya terpaksa menamatkan kontrak saya adalah kerana saya belum berjumpa keluarga saya sejak enam bulan. Mereka telah meninggalkan Malaysia untuk balik, dan saya kini di sini.” kata Regan dalam temubual tersebut.

“Sungguhpun demikian, apabila saya tiba di rumah, saya dimaklumkan mereka tidak mahukan saya lagi untuk musim hadapan kerana gaji saya terlalu besar”.

“Saya telah membawa pasukan ke Liga Super dan mereka masih berhutang wang dengan saya, jadi kenapa saya harus meninggalkan pasukan tanpa apa-apa? Jadi ini sahaja pilihan saya. Ianya menyedihkan dan kadang kala ini bola sepak dan ini juga kadang kala Malaysia.” ujarnya lagi.

>> DAPATKAN BARANGAN BOLA SEPAK

Dalam perkembangan sama, Regan juga memberi bayangan bahawa beliau kini sedang mempertimbangkan dua tawaran dari kelab Liga Super, namun hanya akan memilih untuk kembali ke Malaysia sekiranya hatinya benar – benar terbuka untuk kembali bermain di Malaysia.

“Saya ada dua tawaran dari pasukan Liga Super Malaysia yang mana tidak mempunyai masalah kewangan. Masalahnya saya kini sudah di rumah, dan saya rindukan keluarga saya, dan saya telah membuat banyak pengorbanan.

“Saya sayangkan Malaysia tapi saya tak tahu apa akan berlaku pada masa hadapan. Kontrak saya bersama Sarawak telah ditamatkan dan kontrak tersebut telah dibawa ke FIFA dan saya kini adalah ejen bebas. Saya akan membuat keputusan dalam masa terdekat.”

“Jika hati saya tidak 100% mahu kembali ke Malaysia, saya tidak akan kembali. Saya bukan sebegitu yang hanya mahu balik dan memungut wang.” jelas regan lagi.

Regan baru – baru ini telah mengumumkan bahawa beliau telah membawa isu culas gaji Sarawak United ke FIFA bagi memastikan dirinya dibayar gaji.