Home BERITA BOLASEPAK Rayuan Hairol Mokhtar ditolak, hukuman ditambah!

Rayuan Hairol Mokhtar ditolak, hukuman ditambah!

Dalam kehangatan peminat pasukan Sarawak memberi reaksi yang pelbagai terhadap jersi baharu yang diperkenalkan semalam, Persatuan Bolasepak Malaysia semalam telah sebulat suara menerusi mesyuarat Jawatankuasa rayuan FAM untuk menolak rayuan yang dibuat oleh FAS dan Hairol Mokhtar.

Menerusi satu kenyataan yang dibuat menerusi laman Facebook FAM, FAM bertindak untuk mengekalkan denda sebanyak RM2000 kepada Hairol Mokhtar atas kelakuan ganas terhadap pengadil perlawanan yang berlaku semasa perlawanan Piala Malaysia antara Kedah dan Sarawak pada 13 Julai 2016.

Selain itu, jawatankuasa rayuan FAM yang dipengerusikan oleh Dato’ Ghanarajah C. Ayathurai turut membuat keputusan untuk melanjutkan penggantungan Hairol Mohktar dari tempoh 6 bulan ke 7 bulan yang bermula 1 September 2016 hingga 31 Mac 2017.

Ini bermaksud Sarawak bakal kehilangan satu watak penting di dalam pasukan memandangkan Hairol merupakan antara pemain senior yang boleh membimbing pemain muda pasukan Bujang Senang.

Adalah dipercayai ketiadaan Hairol akibat penggantungan akan diganti oleh Mazwandy Zakeria ataupun pemain muda Rodney Celvin.

Sebelum ini, FAM turut pernah mendenda pasukan Sarawak atas pelbagai kesalahan yang melibatkan penonton yang bertindak liar dan luar kawalan.  Hairol didenda enam bulan akibat menolak pengadil pada satu perlawanan Liga Super musim lepas.

Previous articleIsu logo: Bukan logo rasmi Sarawak FA
Next articleStadium Negeri sah rumah Sarawak 

39 COMMENTS

  1. Assalamualaikum dan salam sejahtera.

    Telah lama saya tidak menulis. Tetapi kali ini saya bukan menulis tentang bolasepak atau menghentam dan memaki FAM, tetapi menceritakan kenangan saya bersama dengan Allahyarham CM Adenan Satem.

    Ianya berlaku pada pertengahan 2015 di sebuah hotel di Sarawak. Ketika itu saya bersama pegawai syarikat saya mengadakan majlis makan malam dan Allahhyarham CM Tok Nan sebagai tetamu jemputan utama.

    Perkara pertama yang disebut oleh Arwah ialah “jangan bezakan makanan atas meja saya dengan yang lain, semua mesti sama”. Dari situ saya dapat menilai siapakah dia dan kenapa rakyat Sarawak sangat sayang kepada arwah.

    Yang kedua ialah ketika majils penyampaian cenderahati, sekali lagi saya terpukul dengan ayatnya. Arwah berkata ” you, you, you beri saya hadiah yang mahal, saya bukan pekerja anda. Adakah anda beri hadiah dengan nilai yang sama kepada pekerja anda?” Apa yang anda akan jawap bila seorang pemimpin berkata begitu?

    Dan yang ketiga pula amat saya ingati kerana dia menjawap pertanyaan yang saya ajukan secara melawak. Saya bertanya sekadar suka-suka. “Tuan, apa pendapat tuan tentang bolasepak Sarawak dan Malaysia?

    Dan jawapan yang arwah beri membuatkan saya terus terdiam. Katanya, bolasepak Sarawak dan Sabah sering dipinggirkan oleh pegawai-pegawai besar yang berpangkat di Semenanjung. Sepertinya pasukan dari Borneo hanya jemputan dan bukannya bernaung dibawah Malaysia.

    Dan katanya lagi, pasukan Sarawak bagai anak tiri dalam bolasepak Malaysia. Tiada siapa yang pandang. Allahu Hu Akbar, hanya Allah yang tahu bagaimana perasaan marah saya ketika itu. Dan pastinya apa yang dikatakan oleh Arwah ditujukan kepada FAM.

    Dan bagi menambah kebenaran kata-kata arwah, tidak lama selepas itu, Datuk Sudarsono pula meletakkan jawatan yang dipegang dalam FAM dan Sarawak.

    Adakah ianya kebetulan atau tidak, hanya Allah yang mengetahui.

    Dari situ, saya melalui admin dan page ini cuba menarik minat penyokong Sarawak agar mereka sedar yang mereka adalah kita dan kita adalah mereka.

    Dan untuk pengetahuan, penyokong Sarawak adalah yang kedua teramai dalam page ini selepas penyokong JDT.

    Dan selepas itu, saya terjumpa lagi dengan arwah sebanyak 2 kali untuk majlis berbeza.

    Dan kata-kata arwah yang Sarawak itu sering dipinggirkan telah terbukti. Lihat sahaja FAM atau FMLLP, sehingga status ini ditulis, masih belum ada ucapan takziah dari mereka terhadap pemergian arwah.

    Yang ada hanya status berkaitan berkongsi kejayaan orang lain yang kononnya mereka terlibat sama. Manusiakah mereka? Dan benarlah kata Arwah yang Sarawak tetap dipinggirkan. Ada yang marah dengan kenyataan saya? Sila buktikan saya salah!!

    Jadi, bila mendengar tentang pemergian arwah, saya benar-benar terasa. Saya masih teringat senyumannya dan sikap rendah dirinya.

    Justeru itu, tidak hairan jika warga Sarawak amat terasa dengan kehilangan beliau. Saya mungkin hanya berjumpa arwah untuk seketika, jadi mungkin sesetengah orang berkata, dalam masa yang singkat, mana mungkin kita boleh menilai seseorang.

    Tetapi saya yakin, yang saya dapat menilai arwah walau berjumpa seketika dengannya.

    Dan dengan rasa dukacita, saya mengatakan yang Sarawak telah kehilangan seorang pemimpin yang sangat hebat dan merendah diri.

    Dan saya juga terasa kesedihan sahabat saya di Sarawak ketika ini.

    Yakinlah yang Arwah Tok Nan tiada pengganti. Semoga Arwah ditempatkan disamping orang-orang yang mulia di sisi Allah dan tenang disana.

    Innalillahhiwainnailaihirojiun. Al-Fatihah, salam takziah dari saya buat ahli keluarga dan juga sabahat-sahabat di Sarawak.

    #TokNanDalamIngatan

    *taiko*

    11/1/2017 6.43pm

  2. Bak kata TOK NAN..”sarawak dan sabah hanya pasukan jemputan..bkn pasukan bernaung dibawah FAM”..Faham2 sendiri la apa maksud nya..

  3. Rayuan Hairol Mokhtar di tolak dan tambah satu bulan, habis tu pasukan perak boleh di kurang kan 3 perlawanan tanpa penonton kpd 2 perlawanan tanpan penonton….Adakah ini adil.

Comments are closed.