Pelancaran jersi baharu Sarawak FA hari ini telah mencipta sedikit kontroversi selepas logo baharu terpampang pada dada jersi,  dan ianya bukan logo rasmi kebiasaan Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) seperti tahun-tahun sudah. 

Ini telah menyebabkan banyak pihak, khususnya di kalangan peminat, melahirkan perasaan tidak puas hati berkenaan logo tersebut. 

Logo baharu yang kelihatan seperti lukisan buaya itu berlatarkan warna hitam, dengan bintang sembilan bucu Sarawak dan bola di belakangnya itu walaubagaimanapun bukanlah logo baharu FAS seperti yang diwar-warkan.

Adalah difahamkan bahawa logo baharu ini hanyalah logo maskot buaya pasukan Sarawak dan bukan logo baharu yang dijanjikan musim lalu. 

Kami difahamkan oleh sumber yang boleh dipercayai bahawa logo baharu rasmi FAS tidak sempat melepasi peringkat pengesahan sesuatu perbadanan sukan sebelum pelancaran jersi Sarawak FA petang tadi, memaksa pihak FAS menggunakan logo maskot tersebut. 

Dalam pada itu, sumber sama turut memaklumkan bahawa apabila proses perlesenan berkenaan logo baharu selesai, maka FAS akan membuat pengumuman rasmi berkenaan logo baharu persatuan tersebut.

Pengesahan berkenaan status logo tersebut sudah pasti akan memberi banyak kelegaan kepada peminat Bujang Senang yang rata-rata melahirkan perasaan terkejut dan tidak berpuas hati berkenaan logo yang mereka sifatkan seperti lukisan kanak-kanak.

81 COMMENTS

  1. Pihak FAS harus mempamerkan dan mengadakan pertandingan mbuat logo untuk squad bujang senang di mana kita semua penyokong team sarawak akan membuat undian logo mana yang terbaik untuk team sarawak musim ini..jangan bikin logo buaya yang lemah semangat nanti semua peminat muak nak beli jersi..

  2. Bagi menjawab soalan tok: Logo buaya petak hitam ialah identiti pasukan Sarawak (skuad senior, muda, wanita, futsal), manakala logo ikonik nok besa dipakey ya ialah kekal logo Persatuan Bolasepak Sarawak. Nang dah rasmi. Mcm Malaysia bah, logo FAM ya ialah identiti badan induk, logo Harimau Malaysia ya utk skuad Malaysia.

  3. Harap menar lh bkn rasmi..sik ku mauk makey baju ya mun logo pia😅😅😅….sokong tetap sokong.. rela ku pakey baju lamak..kacak agi..bangga ku makey..tok logo boyak dgn sang kancil..sik mo ku😅😅duit ba ya meli baju..

  4. Boleh pakey logo ya, tp background hitam ya x perlu. Atau mun perlu, engkah bentuk bulat and polah kecik g.. ya kedak poster dilekat d jersi.. apa2 pun kmk dah beli sigek. Harap2 sida FAS boleh ganti dgn yg baru la kelak mun dah dapat logo baru..

  5. Logo sikda isu pok…..yg isu toklah ku manas……hak siaran masih juak dipegang media prima……lom gik apa2 live sabtu tok…..sik lain sik bkn……Selangor juak you you……apa kata ktk org…..

  6. Pandey sidak FAS cover malu logo jaik. Persoalannya, mun sik rasmi, kenak mok ngekah rah jersi masa pelancaran rasmi? Dah teruk kena instant bash, pandey madah sik rasmi indah. Ujung2 kali mun ada org komplen pasal nama sponsor, mok cover madah sik rasmi juak? Berguro pun nangga audience lah FAS.

  7. Bukan rasmi ?? Jgn buat lawak oii . Aku dh beli baju ori tek . Ohhhh x kck crita tok . 159 mlayang gia ajak lah ?? Mun dh tauk x rasmi jgn d jual dlok . Ishhh . Sa nk ku sepak designer logo tok .

  8. Logo rasmi FAS yg dh sekian lamak sik lepas “peringkat pengesahan”.. logo maskot ya bila d polah? 100 tahun yg lepas ka? ya tek lepas “peringkat pengesahan”?? lawak ha ha ha

  9. siapa pengadil reka cipta logo tok kah. mbiak ka. ompuan kali. mun nak molah logo kena semak dan amik panduan dari semua logo atau lambang dari seluruh pelusuk alam semesta dan alam maya termasuk alam katak bawah tempurung sebelum mereka cipta untuk mencetus idea dan tidak menciplak hasil karya org lain.

  10. jangan disalahkan graphic designer logo ya jak. nya just polah ekot kemahiran n kreativiti yg nya ada. coba mun ktkorg disuroh polah logo ya, nangga lah muka pokemon kah digimon kali kelua

    • rationally yg sepatutnya disalahkan is hakim yg mileh logo tok untuk ditempek rah jersi. netauk banyak choice lain mungkin lebeh kacak tapi nya sik pileh. anyways, lain org lain citarasa

  11. Cuma tkut 1 jak….sarawak ubah lambang..kelak FAM ngga lambang dh ubah alu kena tindakan sbb x madah ngan FAM….ya jak tkut sbnrnya…FAM ya nang cri duit bha….saja mok hukum team lain ngan hal2 kecik cm tok….tp harap2 x la…..

Comments are closed.