Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Haji Posa bin Majais, hari ini telah menyangkal dakwaan bahawa keputusan pentadbiran hanya dibuat oleh tiga orang exco sahaja.
Menurut kenyataan rasmi Posa, “Sepanjang memegang tampuk kepimpinan FAS, segala perancangan dan keputusan dibuat adalah berdasarkan persetujuan majoriti Exco FAS dan bukannya oleh seorang dua sahaja.”
Dalam pada itu, Posa berharap “pihak yang mendakwa berlakunya situasi tersebut terus berhubung dengan dirinya sekiranya ada Exco yang dipinggirkan seperti yang didakwa.”
Penjelasan Posa tersebut hadir selepas beberapa page FB dan group FB berkaitan bolasepak Sarawak mendakwa bahawa beberapa exco FAS dipinggirkan daripada membuat keputusan pentadbiran FAS.
Dengan kenyataan rasmi daripada FAS ini, adalah diharap pihak berkenaan menyahut seruan Posa agar terus berhubung dengan presiden FAS jika ada ketidakpuasan hati berkenaan cara dan kaedah FAS diuruskan, agar ianya boleh diselesaikan dengan cara baik. – SarawakCrocs.com