Setelah bolasepak Sarawak FA sunyi beberapa minggu ini, kini hangat diperkatakan di media sosial berkenaan cara Sarawak FA diuruskan oleh pihak pengurusan.

Menurut apa yang dibaca oleh SarawakCrocs di salah sebuah ‘page Facebook’ berkaitan bolasepak Sarawak FA, wujud ura-ura bahawa sebarang keputusan yang dibuat berkenaan hala tuju Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), termasuk juga pentadbiran pasukan Sarawak FA diuruskan dan dibuat oleh tiga ahli exco tertinggi sahaja, tanpa wujud perbincangan dengan ahli exco lain.

Menurut khabar yang kami dengar, hal ini telah mewujudkan perasaan tidak puas hati di kalangan sesetengah exco FAS berkenaan cara keputusan, khususnya keputusan besar, dibuat, yang mana mereka hanya dimaklumkan melalui sistem pesanan ringkas whatsapp sahaja, dengan keputusan penuh telahpun dibuat sebelum itu oleh tiga individu teratas FAS.

Satu lagi sumber, kali ini dari ‘group FB’ berkaitan bola sepak Sarawak, mendedahkan bahawa keputusan menerima peletakan jawatan David Usop, termasuk juga perancangan-perancangan seperti menentukan pemain import dilepaskan, atau diambil, telah dibuat oleh tiga individu tersebut, tanpa sebarang sesi perbincangan di antara exco, sekaligus menyaksikan ada ahli exco yang berkecil hati dan tidak mengetahui apa perancangan FAS biarpun mereka sepatutnya lebih mengetahui.

Pihak kami difahamkan bahawa biasanya keputusan di peringkat FAS dibuat oleh lima individu, namun dengan salah seorang exco memegang sehingga tiga jawatan lain di dalam FAS, beliau dilihat mempunyai ‘kekuatan’ untuk berunding, dengan anggapan bahawa perbincangan sudah melibatkan lima ahli tertinggi FAS.

Pihak kami tidak tahu samada berita dan khabar diatas adalah benar, namun hakikat bahawa ianya kini diungkit oleh sesetengah pihak jelas menunjukkan wujud ‘kisah kurang aman’ di dalam pengurusan tertinggi FAS.

Harapan kami hanyalah agar jika isu ini benar, ianya akan diselesaikan dengan aman dalam jangka masa terdekat, agar FAS secara umumnya boleh memberi fokus 101% kepada memartabatkan bolasepak Sarawak. – sarawakcrocs.com

25 COMMENTS

  1. Hahahaha…Gia lah cara team Sarawak ditadbir..Sik lamak gik rusak..Isu penjualan tiket dolok gik nyawab bodo2 waktu ditanyak…Mun dak kesian nangga Presiden yg carik duit pakei manggung kantung..

  2. bnyk exco ke sikit exco ke mun x tauk mcm ne maok menghidupkan kembali kegemilangan team sarawak pun x guna jd exco….tiap2 tahun dpat liat drama team kesayangan berjuang habis2. maok elakan trsingkir ke liga prdana….x penah nanga sarawak duduk selesa dlm liga super …mun x num 10,num 11,num 12..bila gik maok nanga sarawak top 5 …adakah sekadar angan2 kosong

  3. Mun d ekot dlm dlm gambar byk juak exco FAS termasuk Presiden FAS ada 28 org dlm gambar ya, semua ada gaji kah??. Mun semua ada gaji contoh rm1000 sorg mun 28 org sebulan rm28000 , setaun rm336000. Mun dana gak rm2juta arum bulak suku juta utk bayar gaji or elaun exco. Bila pasal molah keputusan ada yg sik dtunggah mrajuk, mun dtunggah pun ada perubahan kah??? Mun benar2 mok nanggar team Sarawak maju polah lah keputusan yg positif jgn gago pasal sik d inform kah sik dtunggah meeting kah, pandey pandey lah carik idea utk Kemajuan bolasepak Sarawak. Setiausaha FAS apa dpolah nya, antar lah surat ngan semua exco mun nk meeting. Cdak exco follow up lah dgn Setiausaha berkaitan dgn apa2 jak isu luaran dan isu dalaman. Mun Setiausaha tidur, tidur lah FAS ya #munmoknanggarsarawakbangkitpostmortemkan

  4. Kalau club Sarawak FC msh terikat dgn campur tangan para Yb atau org ternama maka ia bkn lh lg club tp rumah panjang Sarawak FC…
    Kalau maok serius sistem harus dipatuhi dan dituruti, sistem Rojak maka seluruh rekod percapaian team akan jd Rojak lh.

Comments are closed.