Posa Majais mempertahankan jawatan sebagai Presiden Persatuan Bola Sepak Sarawak (FAS) untuk tiga tahun lagi selepas menang tanpa bertanding dalam Mesyuarat Agung Tritahunan yang diadakan di Mukah baru – baru ini.
Ini bermaksud Posa akan terus menjadi presiden FAS sehingga 2024 sejak menerima jawatan tersebut dari 2017 lagi.
Tidak seperti jawatan tertinggi FAS itu, jawatan Naib Presiden menjadi rebutan 12 calon dengan Philip Jabu (Serian FA), Awang Madihi Awang Yatem (Bintulu FA), Razak @ Abdul Razak Salleh (Persatuan Bola Sepak Bahagian Samarahan), Royston Valentine (Mukah FA) dan Nicol Agoi (Kapit FA) berjaya mendapatkan jawatan tersebut.
Turut diumumkan adalah Setiausaha Agung FAS yang baharu iaitu Paza Dan serta pengerusi baharu Sarawak United FC, Saif Bujang.
Mesyuarat Agung Tritahunan FAS telah berlangsung di sebuah hotel ternama di Bahagian Mukah pada 3 Disember lalu.
Selain menjadi presiden FAS, Posa juga merupakan pemilik bersama Sarawak United, Naib Presiden FAM, Penaung Sibu FA dan juga penolong pengurus pasukan harimau Malaya.