LIHAT PROMOSI TERKINI SHOPEE

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Kelab bolasepak Kuching City telah mengambil keputusan menggugurkan seramai 11 pemain di akhir kontrak mereka musim ini.

Perkara tersebut dimaklumkan Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Kuching City, Iswandi Ali Hassan, yang dipetik media tempatan sebagai menjelaskan bahawa pemain – pemain tersebut adalah daripada pemain tempatan dan juga pemain import.

BELI JERSI SARAWAK UNITED DAN KUCHING CITY YANG TERKINI

Menurut laporan media tempatan, Iswandi menjelaskan bahawa pemain – pemain yang digugurkan adalah pemain yang gagal menyerlah dan masih cedera.

Dalam perkembangan sama, Kuching City akan mengisi kekosongan yang ditinggalkan sebelas pemain tersebut dengan membawa masuk pemain pasukan pelapis Kuching City ke pasukan utama.

Adalah difahamkan lapan pemain tersebut telah dikenalpasti dan mereka adalah dari pasukan Piala Presiden kelab tersebut.

>> BELI BAJU PEMINAT KUCHING CITY

Langkah pasukan The Cats ini dilihat sejajar dengan hajat pihak pengurusan pasukan tersebut menaikkan lagi pemain muda mereka ke peringkat lebih tinggi.

Pada awal musim ini tadi, Kuching City telah menyatakan bahawa mereka ingin meningkatkan lagi bilangan pemain bola sepak kelahiran Sarawak.

Pelantikan dua jurulatih utama kelab tersebut, Irfan Bakti dan Sulaiman Hussin dilihat adalah sejajar dengan hasrat tersebut kerana kedua -dua jurulatih ini tidak mempunyai masalah untuk mengetengahkan barisan muda di dalam pasukan utama mereka.