Dengan pemilihan Presiden baharu dijangka dimuktamadkan hari ini, muncul khabar bahawa Datuk Hanifah Taib mungkin tidak akan dilantik ke jawatan tersebut walaupun pada awalnya, ada indikasi bahawa Persatuan Bolasepak Sarawak telah bersedia melantik Penasihat FAStersebut.
Menurut beberapa sumber di media sosial, Naib Presiden Datuk Posa Majais kini dikhabarkan mempunyai peluang ‘naik pangkat’ dari jawatannya kini, menjadi Presiden baharu FAS.
Dalam perkembangan sama, akhbat Utusan Borneo yang menemuramah Posa turut mengesahkan bahawa Posa sedia untuk menjawat jawatan tersebut sekiranya ia diberi kepada beliau.
FAS sebelum ini gagal memilih presiden baharu selepas mantan presidennta, Datu Sudarsono Osman enggan meneruskan tugas berkenaan akibat kerja-kerja hakiki beliau.
Ini telah menyaksikan FAS memutuskan untuk menunda pemilihan Presiden sehingga tahun 2017, dengan Abdul Wahab Rahim, selaku Timbalan Presiden memangku jawatan tersebut.
Sungguhpun demikian, profil Posa Majais dilihat semakin meningkat apabila kerap keluar di dada akhbar berhubung kenyataannya berkaitan bolasepak Sarawak, sekaligus meletakkan beliau sebagai antara calon utama untuk menggalas tugas beras rebagai Presiden baharu FAS.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Tahniah semuga tabah dlm perjuangan…
Kami Persahabatan Sarawak sokong dgn penuh semangat Sarawak Boleh
Suruh taib jk presiden
Mintak sponser dgn najib…
Haaaaaa….Ada udikk…
Hani Aseng apa masaalah org laki tok? Buang gik rasa dengki iri hati ya,
Ng ada masalah seranto2 mukanya tok eran atiku bgs kau jadi presiden mun dh kau rasa hebat gilak