Menteri Pelancongan, Kesenian, Kebudayaan, Belia dan Sukan Datuk Abdul Karim Rahman Hamzah telah meminta Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS). Dato Posa Majeis, untuk mengemukakan bukti berlakunya penyelewengan di dalam FAS kepada pihak Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM).
Menurut Karim, kes sedemikian seharusnya disiasat pihak bertanggungjawab dengan terperinci.
Karim turut mendedahkan bahawa FAS merupakan penerima geran bernilai RM3.5 juta setiap tahun dari kerajaan Sarawak. Beliau turut menyatakan bahawa FAS mempunyai kebebasan untuk menguruskan geran yang diberikan.

Karim dalam pada itu turut mengesahkan beliau akan berjumpa dengan Posa di dalam masa terdekat.
Komen Karim hadir selepas Posa mengejutkan peminat bolasepak Sarawak dengan mengatakan bahawa wang berjumlah RM91 juta telah diseleweng oleh individu tertentu yang termasuk anggota kerajaan Sarawak.
Posa di dalam satu laporan akhbar disebut sebagai berkata jumlah tersebut telah diseleweng dari tahun 2015 – 2016, dan beliau mempunyai bukti kukuh berkenaan penyelewengan tersebut.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



diri mpun pegang hancur pasya slhkan org lain.. nangga la start nya pegang dari tahun marek.. hancur team sarawak.. pengurusan ke laut..
Haha…jgn sampai jadi mcm kes rasuah vol.1
Kena ada bukti kukuh baru boleh dakwa, bukan mcm cakap lepas saja…cerita baru nak start…ileks2
Pecat jak abis crita
Jangan cepat gilak menyalahkan pengurusan kinek.. Kalo sik Tau cerita sahih. Tunggu Dan lihat apa cerita seterusnya…
bagus presiden ya maok madah masalah dalaman,, sebelum nak kondem urg, baca dan kaji dolok statement president ya…