Lagenda bolasepak Sarawak FA, Awang Mahyan Awang Mohamed memberi sokongan kepada kepimpinan Posa Majais.

Menurut laporan akhbar Utusan Borneo, Mahyan berkata bahawa ramai yang tidak mengetahui situasi sebenar yang dihadapi Posa.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Mahyan turut menyatakan bahawa Posa sangat komited dalam meminpin Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Beliau turut memuji Posa kerana terus memimpin FAS dengan tenang biarpun hadir kecaman dari pelbagai pihak.

Tambah Mahyan, individu seperti Posa amat diperlukan dan perlu disokong dalam segala hal.

Mahyan dipetik Utusan Borneo sebagai berkata “Saya rasa tiada individu yang komited seperti beliau (Posa) dalam memimpin badan induk, FAS seperti kita ketahui hari ini.

“Walaupun menerima kecaman selain dibebani pelbagai masalah terutama kewangan, beliau tidak melenting sebaliknya tetap melaksanakan tanggungjawab sebagai ketua.

“Individu yang seperti ini sememangnya diperlukan dalam setiap persatuan dan kita harus memberi sokongan kepada Posa dalam segala hal”.