Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) yakin bahawa ianya akan mendapat lesen kelab bolasepak yang di dambakan selama ini.
Menurut laporan akhbar Borneo Post, Setiausaha Agung FAS Razali Dolhan telah dipetik berkata bahawa pihak beliau telah bertungkus lumus dalam masa singkat ini bagi memastikan dokumen yang diperlukan disediakan dengan sempurna.
Laposan akhbar tersebut turut menyebut bahawa pihak FAS telah menghantar satu set dokumen yang amat lengkap kali ini dan Razali percaya bahawa ianya adalah mencukupi untuk membolehkan rayuan untuk mendapatkan lesen kelab diterima.
Razali turut menyatakan bahawa pihaknya juga telah menggunakan laporan alternatif bagi menangami masalah kegagalan pihak FAS yang baharu mendapatkan laporan kewangan FAS-FMG, sambil berkata pihaknya bukan memohon untuk mendapatkan pinjaman, jadi ianya sepatutnya memadai.
FAS dikhabarkan gagal mendapatkan lesen kelab bolasepak kerana tidak menghantar dokumen lengkap semasa memohon, dan situasi ini telah mengakibatkan pihak pengurusan FAS baharu dan pihak pengurusan FAS lama saling menunding jari.
Kami harap usaha mereka kali ini akan berjaya agar ketenangan boleh hadir semula di dalam bolasepak Sarawak, sekaligus membolehkan FAS memberi fokus kepada pembangunan bolasepak di Sarawak.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys



Kenak si molah lesen dr dulu
Last minit baru mok benar2 molah heran
Alhamdulillah
Bkn x molah lesen dari dulu.. team 1st ada lesen kelab hanyalah JDT. Syarat wajib kinek untuk liga teratas wajib ada lesen kelab. Bnyk juak team lain lom ada lesen kelab.
Alhamdulillah untuk sarawak FA
mestilah yakin … steady bos. we all behind u
semoga segalanya dipermudahkan utk #TEAMSARAWAK,,,,,
Welldone,mudah2an juak..sepatutnya polah keja diam2 lok..Jgn pang pung nyalah satu sama lain n then mdh dpt atur…Urg bkn nok nangga mcmne molah keja,hasil ditangga urg..Next time exco @ SU Agung advise Presiden jgn molah press statement dolok..bincang halus2..Carik jln mun dpt disettle kita settle dlm dolok..Ingat juak jasa2 sidak lamak..Tp hairan kenak benda yg sensasi n up urg lain merik statement n mun nok terok2 Presiden merik statement..Mungkin dah meeting exco dah diputuskan mcm ya kali…Apa pun tahniah yg penting Sarawak menang lok 28hb tok n kakya kita blh highlights kita akan dpt lesen..Biar sama2 dpt nama bkn sapi punya susu lembu dpt nama..Happy Dewali..😃
Terbaik,sarawak boleh dan maju jaya terbaik FAS.
Siapa ada jual jessy serawak warna hijau