PKNS FC tidak akan dipandang mudah

Ketua jurulatih Sarawak FA, Encik David Usop percaya anak buahnya akan bermain habis-habisan untuk mendapatkan tiga mata penuh apabila bertemu PKNS FC malam ini. 

Memetik laporan Utusan Borneo, David Usop berpuas hati dengan kecergasan kesebelasan utamanya dan percaya pemainnya akan menunjukkan permainan yang lebih baik setelah kalah mengejut ditangan Melaka United di laman sendiri. 

Tambahnya lagi, beliau akan menurunkan kesebelasan utama terbaik bagi menentang PKNS malam ini.

Namun, beliau tetap tidak mahu memandang rendah kemampuan pihak lawan kerana dibarisi pemain bertaraf bintang dan berpengalaman. 

Sarawak perlu mendapatkan tiga mata penuh untuk memperbaiki kedudukan pasukan di carta Liga Super setelah hanya menang sekali, seri sekali dan kalah tiga kali di perlawanan sebelum ini. 

Perlawanan antara PKNS FC menentang Sarawak dijadualkan akan berlangsung jam 4.45 petang ini di Stadium Shah Alam. 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top