Pengacara Astro Arena dari Sarawak, Dayang Zainatull Aqma membayangkan beliau akan tersangat gembira sekiranya Sarawak FA mampu menamatkan musim 2017 di kedudukan enam teratas. 

Menurut gadis dari Kuching yang lebih suka dipanggil Atul itu, kedudukan enam teratas sebenarnya adalah satu kedudukan yang sangat baik, terutama sekali apabila pasukan Sarawak FA kini adalah sebuah pasukan yang sangat baharu. 

Tambah beliau, hakikat bahawa Sarawak FA bukanlah pilihan ramai musim ini menyebabkan beliau berpandangan lebih realistik berkenaan kedudukan Sarawak pada akhir musim. 

Sungguhpun demikian, Atul membayangkan Sarawak FA bakal mewarnai Liga Super sebagai pencabar utama kejuaraan musim hadapan setelah pasukan bimbingan David Usop mula serasi sepenuhnya.

Atul menjawab persoalan kami berkenaan bolasepak Sarawak ketika beliau menerima jersi rasmi SarawakCrocs 2017 yang kini boleh ditempah pada harga RM70. 

8 COMMENTS

  1. Sepatut nya dlm tahun 2015 atau tahun lepas sarawak patut dah menang at least sigek cup…sebab dari tahun 2012 dan 2013 team sarawak cukup mantap…ramai yg meramal sarawak adalah pencabar utama liga super dlm tahun 2014. Bayangkan betapa mantap pasukan sarawak kinek tok mun xda kepincangan dlm pengurusan apabila majority player dari 2- 3 tahun lepas masih kekal kerana tahap keserasian yg cukup tggi…mgkin masa tok corak mainan sarawak sama hebat mcm jdt, kedah atau perak masa tok. Kedah dan perak x byk tukar players dan mengekal majority key players selama 2 tahun yg lepas dan serapkan beberapa pemain muda yg cukup lincah dan bertenaga… sidak cuma tukar coach jak utk ngatur strategi da n tactical yg lebih ampuh.. lihat lah siney sidak kinek tok dan apa yg udah dicapai sidak kebelakangan tok. Banyak org madah iboh dikenang gik zaman alan vest, ya udah berlalu dan x dpt pakei gik…strategi dan tactical nya mgkin udah lapok atau basi, tapi corak pengurusan nya bagi aku masih relevant dan berkesan.

Comments are closed.