Piala FAM: Kuching FA alami kekalahan terburuk musim ini

Pasukan Kuching FA hari ini mengalami kekalahan terburuk sepanjang sejarah penglibatan dalam kejohanan Piala FAM apabila dibelasah SIme Darby 5-1 di Stadium Negeri petang tadi.

Pasukan Sime Darby yang juga pendahulu liga bermula garang apabila berjaya menjaringkan gol seawal minit ke 10 perlawanan hasil jaringan Che Mohamad Arif. Perlawanan semakin rancak apabila kedua-dua pasukan berbalas-balas serangan.

Tidak lama kemudian,  pasukan Kuching berjaya menyamakan kedudukan hasil jaringan oleh Nazarudin Bohri pada minit ke 15.

Namun, keceriaan pasukan Kuching tidak kekal lama apabila pasukan Sime Darby sekali lagi mendahului perlawanan setelah menjaringkan gol pada minit ke 24 oleh Dzulfahmi Hadi.

Pasukan Kuching seolah-olah tempang apabila Ahmad Shakri dilayangkan kad merah setelah menerima kad kuning kedua pada minit ke 35 kerana melakukan kekasaran terhadap pemain Sime Darby.

Pemain Sime Darby, Zul Fahmi Awang menambah duka pasukan Kuching apabila menjaringkan gol ketiga pasukannya pada minit ke 39.

Separuh masa pertama berakshir dengan keputusan 3-1 memihak kepada Sime Darby.

Separuh masa kedua bersambung dengan pasukan Pasukan Kuching berusaha untuk melakukan serangan ke kubu pertahanan lawan.

Namun, pada minit ke 59, Sime Darby berjaya mengukuhkan kedudukan dengan menjaringkan gol keempat perlawanan hasil jaringan Nazrul Kamaruzaman.

Sime Darby sekali lagi menjadi igauan buruk bagi Kuching apabila menjaringkan gol kelima pada minit ke 82 setelah rembatan Dzulfahmi Hadi sekali lagi menerjah jaring.

Kekalahan tersebut meletakkan pasukan Kuching berada di kedudukan kelima dari tujuh pasukan dengan kutipan sebelas mata dari sembilan perlawanan.

Pasukan Kuching dijadualkan akan menentang SAMB FC pada 21 Mei di Stadium Negeri untuk perlawanan ke 11 Piala FAM 2017.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top