Pasukan Serian FA mencipta momentum positif ke arah perlawanan akhir kedua Liga Bolasepak Rakyat 2016/2017 apabila menewaskan Gua Musang di perlawanan akhir pertama Liga Bolasepak Rakyat malam tadi di Stadium Muhammad IV.

Perlawanan bermula seimbang apabila kedua-dua pasukan mengatur gerakan untuk mencari gol awal. Perlawanan pada separuh masa pertama menyaksikan kedua-dua pasukan berbalas-balas serangan dan dilihat seimbang.

Penjaga gol Serian, Rizal Ahmad turut beraksi cemerlang apabila menyelamatkan beberapa percubaan Gua Musang dan mempamerkan kepimpinan yang baik.

Pada separuh masa kedua, Mahadi Razak muncul wira Serian apabila menjaringkan gol yang amat diperlukan pada minit ke 47 melalui rembatan lambung yang melepasi benteng terakhir Gua Musang.

Tersentak dengan jaringan itu, Gua Musang mengasak kubu pertahanan Serian dengan serangan yang bertubi-tubi hingga ke wisel penamat.

Namun, pasukan Serian berjaya mempertahankan kedudukan sekaligus membawa pulang kelebihan satu gol di tempat lawan.

Perlawanan akhir kedua Liga Bolasepak Rakyat dijadualkan berlangsung pada 21 Mei 2017 di Stadium Negeri, dan jika Serian mampu mempertahankan kelebihan satu gol itu, akan muncul sebagai juara LBR Kebangsaan.

4 COMMENTS

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here