Home BERITA BOLASEPAK Harapan kekal di Liga Super semakin pudar

Harapan kekal di Liga Super semakin pudar

KUCHING – Harapan peminat bolasepak Sarawak menyaksikan pasukan kesayangan mereka, Sarawak FA, terus kekal di Liga Super pada musim 2018 dilihat semakin menipis selepas pasukan bimbingan Pengiran Bala itu membenarkan Melaka United memungut mata penuh di dalam perlawanan Liga Suuper malam tadi.

Melaka United yang sebelum ini di dalam zon berbahaya, berjaya melonjakkan diri keluar daripada kelompok dua pasukan terbawah liga apabila menewaskan Sarawak 4-2 di dalam perlawanan yang menyaksikan Sarawak FA mendahului pada awal perlawanan.

Sungguhpun demikian, Melaka United berjaya menjaringkan tiga gol dalam masa sepuluh minit pada babak pertama, dan satu gol pada minit akhir perlawanan untuk memastikan kemenangan bergaya mereka ke atas pasukan dari Kuching itu.

Kekalahan Sarawak FA ke atas Melaka United memberi bayangan bahawa Sarawak FA kini menghadapi krisis prestasi buruk, dan dilihat tidak akan mampu melonjakkan diri dari kerana Melaka United adalah antara satu daripada pasukan setara dengan Sarawak FA.

Dalam pada itu, peminat Sarawak malam tadi telah secara amnya menerima kenyataan Sarawak FA akan ke Liga Premier pada musim 2018, sekaligus memberi bayangan jelas bahawa keyakinan mereka terhadap pasukan sudah tiada, dan harapan mereka untuk sebarang kejayaan pada musim ini sudahpun pudar. – sarawakcrocs.com

Previous articleEPL: Pemain Chelsea sertai Brighton & Hove Albion
Next articlePiala Malaysia: Peluang terakhir buat Sarawak FA

96 COMMENTS

  1. Bkn semakin pudar…. Dh x nampak langsung LIGA SUPER…. yg nampak skrg ni hanya LIGA PERDANA je…. Apa2 pun TAHNIAH buat pemain2 SARAWAK FA sbb dh cuba sedaya upaya utk kekal d LIGA SUPER tp apa kan daya nasib x menyebelahi pasukan kenyalang….😢😢😢😢

  2. Super kaaa.. Perdana kaa.. Apa2 punn.. Sokongan Tetap berterusann.. Berjuang jakk sampai pengujung Ligaa.. x paa yaa.. Nang dahh adat.. Kalahh.. Seri.. MENANG.. Ngap Sayot Selamaanyaa.. #sarawakglory! #gloryglorybujangsenang🐊

  3. Mgkin Dato Posa lebi suka bwa Swk di Liga Perdana…tgok cara dia brckp pun da tau…fan semua jgn lg mengharapkan sesuatu dr team yg ada ketika ini…HAMPAS BELAKA.!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!

  4. Sik ada teamwork…mun ada worldcup pun Sarawak masuk…kurang keyakinan…apa apa pun semoga Sarawak sentiasa bersatu hati dalam semangat bola Sarawak..

  5. Robert Albert garu kepala.. Susahkan aku saja naikkan team dulu.. Sng2 turun liga perdana balik..
    Salibasic, g bwele & b. Gonzales juak best bagi aku…rindu zaman kegemilangan masa ya…
    #teamnektokndaktubapo

  6. Tdak patut sebuah negeri yg besar di malaysia tegelam dalam bola sepak. fas harus fikir dan selesaikan segera pentingkan orang sendiri .srawak sebuah negeri yg besar dan carilah pemain dari kuching hingga kapit hulu kapit lgi jngan cma di sekitar kuching ramai pemain yg lebih pandai berbanding pemain srawak skrang tak payah gunakan pemain luar import klau pemain import itu tdak brkualiti sama tarap ngan pemain tmpatan .ayoo srawak kmi syang pada mu ikutilah keluhan penyokong mu .sya sentiasa mgikut mna2 kejohanan di ulu kapit terutama di blaga ramai pemain yg boleh di asakan .dan ayoo kita serbuh pejabat fas luahkan komen .

    • Sayangnya Gabenor/kerajaan mcm semadi nadai saja, tidak minat sukan bolasepak, kalau tdk stakat kelab Aston Villa pun dia boleh tapau. Malu dgn negeri kecil mcm Kedah dan Melaka , mereka ada minat dgn bolasepak..

    • Kemajuan bolasepak Sarawak bergantung pada sokongan Kerajaan negeri, jika xda sokongan harap dgn FAS ke laut lah tuju nya team Sarawak, xpat juak kita nk nyalah cdak coach, cdak Pengurusan ngan cdak players 100 % ,kerajaan Negeri patut campurtangan juak

  7. Apa nak jadi…bila penyokong bersuara penyokong dikata jaik…bila penyokong diam dikata kita tok xsokong team swk…bila dh masuk liga perdana lak baruk terhegeh2 carik coach bagus la apa la…ya allah tolong la buka mata dan hati pengurusan fas ya…semoga cdak dpt nga dan dgr keluhan penyokong swk..amin☺

  8. Xpat kita nk nyalah cdak coach cdak pengurusan dan players 100% , Kerajaan Negeri patut campurtangan juak, campurtangan dari semua segi. Mun dah Pemimpin Sarawak x minat bol, xda cdak duli prestasi team Sarawak. Mun team Sarawak malar jak menang bok cdak gago bercerita hal bol. Dah team Sarawak semput mcmtok, ada kita dengar pemimpin2 Sarawak tok bebunyi?? Ada sik?? Contoh JDT sapa d belakang cdak nya TMJ. Sarawak sapa d blakang cdaknya, cuma penyokong . #sarawaknegeriku

  9. To be honest,if west msia want to play dirty to let swk demorted to PL..next year anytime. They can do it.Just see result..Penang n Pahang.Swk-melaka.They can just play a good mathematic.Swk will be dismiss frm MSL nxt year.Something need to be remove

  10. Nasib sarawak fa lebih kurang cam nasib pahang fa tahun lepas yg pake local n player prisident cdak tambah import biasa2..terima jak hakikat yg sarawak fa 2017 x sekuat team 2013 dlok..sedih mmg sedih tp akur jak lah..dah nasib nya gya

  11. sbb du lh semua tok terjadi.. Du yg salah x cukup strategi lah apalh.. player semua bgus tp coach.. (kata2 segelintir fan nk rasa terer tek). du kuar maseh juak kalah.. kahkahkah.. coach tukar mcm ne mun main cara kpg boh jak.. pentingkan drik pun ada.. mala nylah coach poyo punya fan. fan jenia tok sokong bila menang jak mun kalah nyalah coach..kahkahkh.

Comments are closed.