11sale

DAPATKAN BERITA BOLA SEPAK KUCHING TERKINI DI TELEGRAM KUCHINGBORNEO .

Pasukan yang mempunyai ramai pemain Sabah, Nabalu United FC terus gah di persada Borneo Soccer League (BSL) KL selepas membelasah pasukan Lun Tau FC 5-1 kelmarin.

Keputusan tersebut meletakkan Nabalu United tidak tergugat di tangga teratas liga dengan 21 mata, dengan jarak enam mata dari pencabar terdekat, Merapok FC yang membelasah Sompoton FC 7-0 di Padang Bolasepak C Universiti Putra Malaysia.

SHOPEE

Satu lagi pasukan, Sura Borneo FC kekal tanpa sebarang mata selepas tujuh perlawanan selepas dikalahkan Hornbill United 4-1.

Keputusan BSL penuh adalah seperti dibawah.

Nabalu United 5-1 Lun Tau FC
Merapok FC 7-0 Sompoton FC
Borneo Cheras FC 0-3 Melinsau FC
Wildhogs FC 2-1 Underdogs FC
Kodok FC 6-2 Sporting FC
Sura Borneo FC 1-4 Hornbill United