Datuk Peter Anthony, yang juga merupakan Menteri Pembangunan Infrastrutur Saabah, sah menjadi presiden baharu Persatuan Bolasepak Sabah (SAFA).

Beliau dilantik ke jawatan tersebut selepas menang tanpa bertanding di dalam mesyuarat Kongres Tahunan SAFA 2019. Datuk Peter telah memangku jawatan tersebut selama setahun.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Berikut adalah ahli majlis baharu bagi SAFA selepas Kongres Tahunan SAFA 2019 di Sembulan Rabu lepas:

Presiden: Datuk Peter Anthony
Timbalan Presiden I: Datuk Juil Nuatim
Timbalan Presiden II: Datuk Abdul Rahman Zakaria
Naib Presiden I: Benedict Asmat
Naib Presiden II: Ismail Hj. Ayub
Naib Presiden III: Datuk James Wong
Naib Presiden IV: Henry Saimpon
Setiausaha Kehormat: Andrew W. Majanggim
Timbalan Setiausaha Kehormat: Andrew Laban
Bendahari Kehormat: Yap Wai Loon
Ahli majlis tertinggi: Marassun Hassim, Salleh Abd Ghaffur Salleh, Mustapha Tuah, Shamsudin Mohd Shah, Jimson Majemal, Othman Abdullah, Jackson Taguah, Hj. Fadli Juanas

Menurut New Sabah Times, jawatan Presiden, Timbalan Presiden I, Naib Presiden III dan Naib Presiden IV di menangi tanpa bertanding.