Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) hari ini telah mengumumkan bahawa sesi pencarian bakat bola sepak bagi menyertai pasukan Piala Presiden 2020 di Miri telah berubah.

Menurut kenyataan ringkas FAS di Facebook, pemilihan yang pada asalnya dijadualkan di Stadium Miri telah diubah ke Padang Pusat Belia.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Selain daripada penukaran lokasi pemilihan, masa pemilihan juga diubah dari 8pagi hingga 3 petang, berbanding pengumuman dua sesi yaitu 8.00 pagi dan 3.30 petang sebelum ini.

Tarikh pemilihan walaubagaimanapun tidak diubah oleh pihak FAS dan kekal pada 19 & 20 Oktober 2019.

Pemilihan terbuka bagi pemain Piala Presiden Sarawak FA 2020 juga bertindak sebagai pemilihan pemain untuk pasukan bola sepak Sukan Malaysia (SUKMA) Sarawak.

Ianya dibuka kepada pemain bola sepak yang lahir pada 1999, 2000 atau 2001.

Ketua jurulatih bagi pasukan Piala Presiden 2020 adalah Ahmad Fairuz Yunus.