Persatuan Bolasepak Bahagian Miri batalkan semua pertandingan bola sepak

Pada minggu ini tadi, Persatuan Bolasepak Bahagian Miri (PBBM) telah menjadi persatuan terbaharu mengambil keputusan membatalkan semua perlawanan bola sepak tempatan anjurannya.

Tiga pertandingan tersebut adalah Liga Miri, Mega Futsal dan Liga Veteran.

Pembatalan dibuat selaras dengan selaras dengan Perintah Kawalan Pergerakan Bersyarat (PKPB).

Presidennya Mohd Saif Jubaidi berkata pertandingan tersebut akan dianjurkan semula tahun hadapan apabila keadaan kembali normal.

“Kita mengambil keputusan untuk membatalkan semua pertandingan bola sepak di Miri meskipun ada pertandingan telahpun bermula, dan ia akan diteruskan tahun depan jika keadaan kembali normal,” katanya kepada Utusan Borneo.

Saif yang juga merupakan Timbalan Presiden Persatuan Bolasepak Sarawak turut menjelaskan bahawa pihak PBBM akan menunggu keputusan kerajaan berhubung penerusan liga dan pertandingan anjurannya sebelum mengambil langkah seterusnya.

“Kita menunggu keputusan kerajaan berhubung kebenaran untuk meneruskan perlawanan bola sepak pada tahun depan, jika keadaan kembali pulih, maka semua pertandingan akan dibuat semula,” katanya.

Bola sepak adalah dikategorikan sukan yang telah dilarang oleh Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Sebelum ini, Persatuan Bolasepak Bahagian Kuching telahpun membatalkan semua pertandingan bola sepak anjurannya musim ini ekoran penularan pandemik Covid-19.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top