Samuel Bone dikhabarkan mungkin berminat untuk bermain untuk pasukan kebangsaan Malaysia.

Anak kepada bekas pemain Sarawak FA, Billy Bone, itu dilahirkan di Kuching, dan kini bermain dengan kelab Ireland, Waterford FC.

Berita minat Samuel Bone itu terhasil apabila Instagram Story Samuel dikesan memuat naik gambar berkenaan bertanyakan kepada peminat sama ada mereka bersetuju jika beliau menyarung jersi Malaysia.

Adalah dilihat bahawa Samuel mungkin mempertimbangkan kemungkinan tersebut selepas gambar photoshop beliau menggunakan jersi Harimau Malaya dikongsikan laman instagram lineup.hm.

Samuel mempunyai ketinggian 1.83 meter dan boleh bermain sebagai pemain tengah dan pemain pertanhanan.

Beliau pernah bermain untuk Charlton sebelum menyertai kelab divisyen pertama Ireland, Shamrock Rovers, dan kemudiannya Waterford FC.

Untuk makluman, Samuel bukan pemain kacukan Malaysia, dan beliau cuma dilahirkan di Kuching ketika ayahnya bermain untuk pasukan Sarawak pada musim 1997 – 1998.