Wakil pasukan Sarawak dalam Liga Bolasepak Rakyat Wanita 2017, Sibu FA dan pasukan gabungan Miri dan Bintulu akan meneruskan langkah di peringkat suku akhir hujung minggu ini. 

Pasukan Sibu dilihat akan berdepan cabaran getir apabila diundi menentang pasukan Felda United FC yang telah membelasah pasukan pasukan lain dalam saingan peringkat kumpulan.

SarawakCrocs Tribal Jersey 2020

 Perlawanan pertama bagi pusingan suku akhir yang melibatkan Sibu  akan diadakan pada 17 Februari 2017 di Stadium UPM Serdang pada 5 petang, manakala perlawanan kedua berdepan lawan yang sama akan diadakan pada 19 Februari 2017 di Stadium BSN Bangi jam 4.30 petang. 

Pasukan gabungan wanita Miri dan Bintulu pula akan bertemu pasukan Batang Padang di pusingan suku akhir LBRW. 

Pasukan Miri/Bintulu pula dijadualkan menentang Batang Padang di Stadium BSN Bangi pada jam 5 petang pada 17 Februari 2017, dan akan menentang lawan yang sama di Stadium UPM Serdang pada 19 Februari 2017 di Stadium UPM Serdang jam 4.30 petang. 

Kejohanan Liga Bolasepak Rakyat Wanita 2017 merupakan kejohanan edisi pertama yang dianjurkan di peringkat kebangsaan. 

3 COMMENTS

Comments are closed.