Pencapaian pasukan Bintulu/Miri layak ke pusingan suku akhir setelah muncul juara peringkat kumpulan membuktikan bahawa pemain futsal juga mampu beraksi cementing di padang rumput.

Memetik laporan Borneo Post, kebanyakan pemain pasukan Bintulu merupakan pemain futsal yang sebelum ini kurang berpengalaman bermain di padang rumput.

Pengendali pasukan Liga Bolasepak Rakyat Wanita Bintulu/Miri, Encik Hakimi Man tetap bangga dengan pencapaian pemainnya biarpun pada awal latihan kekok bermain di padang.  Namun, hasil usaha dan latihan yang konsisten, pemainnya mampu memberi saingan bermain di padang biasa.

Encik Hakimi Man yang sebelum ini turut membawa pasukan Liga Bolasepak Rakyat Lelaki Miri ke pusingan suku akhir turut berharap pemainnya mampu membaiki kelemahan mental yang dihadapi mereka.

Pasukan Bintulu/Miri bakal berdepan Batang Padang dalam aksi suku akhir Liga Bolasepak Rakyat Wanita hujung minggu ini di Kuala Lumpur.

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here