Perlawanan pra-musim di antara Kelab Bolasepak Felda United dan Kelab Bolasepak Sarawak United A (SUA) mungkin akan dibatalkan.

Menurut maklumat yang kami perolehi dari sumber yang boleh dipercayai, pihak Felda United yang meminta perlawanan tersebut dibatalkan.

Pasukan yang baharu sahaja dinobatkan sebagai Juara Piala Edy Rahmayadi 2020 itu dikhabarkan meminta perlawanan tersebut dibatalkan ekoran beberapa pemain mereka dilaporkan kurang sihat.

Berita pembatalan perlawanan tersebut telah juga disebut di beberapa laman sosial peminat bolasepak SUA.

Sungguhpun demikian, belum ada pengumuman rasmi berkenaan pembatalan perlawanan tersebut dibuat pihak Felda United mahupun SUA.

Dalam berkaitan, Felda telah sebelum ini tewas kepada pasukan bolasepak Kebangsaan Pakistarn, dan dijangka memberi saingan sengit kepada SUA jika kedua-dua pasukan bertemu.

Sungguhpun demikian, dengan kemungkinan perlawanan tersebut dibatalkan, pasukan SUA dijangka akan mencari lawan penganti yang mungkin setara hebatnya dengan pasukan Felda United.