Kelab Bolasepak Sarawak United (SUA) baru sahaja mengumumkan bahawa perlawanan pra-musim di antara pasukan tersebut menentang Kelab bolasepak Felda United dibatalkan.

Menurut kenyataan SUA di media sosial, Felda United sendiri meminta pembatalan tersebut ekoran pemain mereka cedera dan kurang cergas.

SUA juga mengumumkan akan menjadual semula siri perlawanan pra-musim pasukan tersebut di dalam masa terdekat.

SUA kini di Semenanjung Malaysia untuk siri pra-musim bagi persediaan bertempur di Liga Premier.

Salam perlawanan pertama, pasukan tersebut tewas 2-1 kepada Kuala Lumpur FA, sebelum dibelasah oleh PDRM FA pada perlawanan pra-musim kedua.

SUA merupakan pasukan Selangor United yang dijenama semula selepas pengambilalihan pasukan tersebut oleh Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Bagi memastikan pasukan yang dijenama semula cukup mantap, SUA telah mengambil pemain-pemain bintang seperti Amri Yahyah, Fauzi Roslan dan Ashri Chuchu untuk mewakili mereka musim ini.