Amri macam Zlatan, Bobby macam Ronaldo

Ramai peminat bola sepak Sarawak telah mengetahui bahawa Sarawak United A (SUA) didakwa telah menandatangani Amri Yahyah yang kini berumur 39 tahun. Penulisan laman Facebook La Bola Malaya baru-baru ini juga mendedahkan bahawa SUA, atau Sarawak United tidak mengambil penyerang sensasi Sarawak FA, Bobby Gonzales yang kini berusia 35 tahun.

Menariknya, usia kedua-dua pemain ini menjadi perbualan hangat di kalangan peminat bola sepak Malaysia, khususnya Sarawak.

Amri yang pernah berkelana ke pasukan ternama seperti Johor Darul Ta’zim (JDT), Selangor FC dan Melaka United adalah nama yang tidak asing lagi di kalangan peminat bola sepak tempatan.

Beliau, jika dibandingkan, hanya setahun lebih tua daripada penyerang lagenda Zlatan Ibrahimovic, dan boleh dikatakan adalah penjaring gol berkaliber di dalam pasukan yang mereka sertai.

Ini terbukti apabila Amri telah menjaringkan lebih 100 goal di dalam karier profesioanl beliau mengikut laporan Wikipedia.

Ibrahimovic pula banyak berkelana ke pasukan-pasukan lain, dengan jaringan mencapai dua digit di dalam setiap pasukan yang beliau sertai. Lebih menqarik, Ibrahimovic masih lagi aktif bermain bolasepak dan menerlah pada usia 38 tahun.

Dalam pada itu, bolehlah dikatakan bahawa Amri adalah merupakan Ibrahimovic versi Malaysia kerana pada usia 39 tahun, beliau masih didambakan khidmatnya selaku penyerang oleh pasukan seperti SUA.

Bobby Gonzales pula hanya setahun tua daripada pemain Portugal yang terkenal, Christiano Ronaldo.

Bobby sudah tiga kali menjadi penjaring terbanyak untuk pasukan Sarawak FA, dianggap antara penyerang paling berbisa yang pernah dimiliki oleh pasukan Bujang Senang.

Bukan sahaja itu, dalam dua musim berturut-turut, Bobby merangkul kasut emas Liga Premier biarpun kedudukan Sarawak FA di kedudukan bawahan liga.

Ronaldo pula mempunyai taraf yang hampir serupa dengan Bobby di mana beliau sering dipilih sebagai pemain paling bernilai saban musim.
Biarpun berusia 34 tahun, Ronaldo terbukti masih berbisa seperti Bobby membuktikan dirinya berbisa di Liga Premier pada umur yang sama musim lepas.

Biarpun Bobby mungkin tidak menjaringkan sebanyak gol jika dibandingkan dengan Ronaldo, hakikatnya adalah Bobby merupakan antara penyerang terbaik yang pernah negara ini saksikan dari Sabah.

Adalah didakwa Bobby kini masih mencari pasukan baharu, dan kami berharap bahawa beliau akan menemui satu pasukan yang bukan sahaja akan melunaskan gaji beliau pada masa yang tepat, tetapi juga akan berupaya membantu beliau menjaringkan lebih banyak gol.

Sememangnya perbandingan ke-empat pemain inimungkin antara langit dan bumi, namun apa yang kami mahu sampaikan adalah usia sebenarnya tidak memainkan peranan bagi pemain bola sepak yang cukup hebat.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top