Perlawanan tumpuan antara Kuching FA dan Kelantan United Sabtu ini diberikan perhatian istimewa oleh Amateur Football League (AFL) dengan perlawanan tersebut disiarkan secara langsung di Facebook Live a.k.a FB Live AFL pada 12 Oktober ini.

Perlawanan berprofil tinggi itu bakal menentukan kejuaraan Liga M3 musim ini dengan kemenangan memihak kepada Kuching bakal secara langsung membuka peluang untuk Kuching naik ke tangga teratas liga.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Biarpun demikian, Kuching masih perlu mengharapkan Kelantan akan terus keciciran mata selepas perlawanan tersebut.

Ini memandangkan hakikat bahawa Kelantan United hanya memerlukan satu lagi kemenangan untuk mengesahkan kejuaraan Liga M3 musim ini, sekaligus melayakkannya ke Liga Premier 2020 secara automatis.

Kelantan United bukan sahaja kini mempunyai kelebihan 9 mata berbanding Kuching di dalam Liga M3, namun mereka juga memiliki jumlah jaringan yang jauh lebih besar berbanding Kuching.

Kelantan kini telah menjaringkan sebanyak 81 gol di dalam Liga M3 sahaja.

Dalam pada itu, bukan sahaja perlu memastikan kemenangan milik mereka pada perlawanan 12 Oktober ini, tetapi juga perlu memastikan bahawa mereka mula menjaringkan lebih banyak gol di dalam baki perlawanan yang akan menyusul.