Juara Liga Premier 2019, Sabah FA akan diwakili di dalam pasukan kebangssan Malaysia pada 10 Oktober ini.

Pemain tengah Sabah, Azzizan Nordin telah dipanggil oleh Ketua Jurulatih pasukan Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe untuk melapor diri ke kem latihan pusat kebangsaan.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Azzizan sebelum ini telah dikehendaki melaporkan diri pada 1 Oktober lalu dan beliau akhirnya tersenarai sebagai 23 pemain akhir bagi menggantikan beberapa pemain yang cedera.

Ini merupakan kali ketiga Azzizan dipanggil untuk mewakili pasukan kebangsaan selepas dipanggil oleh Cheng Hoe untuk perlawanan menentang Taiwan pada 2018, dan Cambodia pada 10 September 2018.

Pengambilan Azzizan merupakan satu peluang besar untuk bekas pemain Harimau Muda itu untuk menunjukkan keupayaan diri kerana beliau akan ke Hanoi, Vietnam bagi menghadapi perlawanan ketiga Kumpulan G, Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023.

Perlawnaan yang berlangsung pada Khamis, 10 Oktober 2019 di Stadium Nasional My Dinh itu dijangka sengit dengan Malaysia mahu kembali meneruskan rentak kemenangan di Pusingan 2 Kelayakan Piala Dunia 2022/Piala Asia 2023 selepas tewas tipis kepada UAE dalam perlawanan terakhir pertandingan tersebut baru-baru ini.