Dengan bola sepak Sarawak dilihat dan dipercayai akan mengekalkan struktur utama di dalam pentadbirannya Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) untuk musim hadapan, perhatian mula teralih ke pasukan-pasukan lain di Liga Malaysia yang kini berdepan perubahan drastik.
Persatuan Bolasepak Selangor kini sedang sibuk dalam proses menyatukan dua pasukan utama mereka, PKNS FC dan Selangor FA di bawah satu entiti di bawah Tengku Amir Shah.
Di Melaka United, Damian Yeo baharu sahaja dilantik sebagai Presiden baharunya beberapa minggu lepas, dan persatuan itu telahpun menamakan pemain untuk musim hadapan, manakala di Sabah, penaung Presidennya Persatuan Bolasepak Sabah, Peter Anthony telah dilantik menjadi Presiden baharu bagi musim akan datang.
Tumpuan kini teralih ke Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA) yang mana menyaksikan perebutan kuasa yang amat menarik untuk jawatan-jawatan penting di dalam KLFA.
Ini berikutan laporan VocketFC yang mana mendakwa “Kongres KLFA kali yang ke-32 kini mendapat perhatian umum apabila banyak tokoh politik dari pebagai parti serta beberapa tokoh usahawan turut terlibat untuk merebut posisi penting dalam Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur”.
Dakwaan VocketFC diperkuatkan dengan perkongsian satu tweet dari calon Presiden Dato’ Rashid Hasnon yang turut memuat naik gambar apa yang dikatakan sebagai #TeamPerubahan.
Setelah berbincang dan berjumpa bersama kelab-kelab gabungan KLFA saya rumuskan untuk calon-calon ini bersama saya menerajui KLFA untuk pemilihan kali ini.#KLFA#TeamPerubahan#Bersepakat pic.twitter.com/L0ZeJ4xPfU
— Haji Rashid Hasnon (@RashidHasnon) November 6, 2019
Dalam poster yang dimuat naik tersebut, nama-nama besar dari parti politik Pakatan Harapan dan UMNO turut disenaraikan.
Juga menarik perhatian adalah nama-nama usahawan tempatan yang juga memiliki pasukan bola sepak sendiri.
Sesungguhnya, kami merasakan taktik calon Presiden KLFA Dato’ Rashid Hasnon membuat bayangan barisan kepimpinan KLFA ini agak menarik bagi kami kerana ianya menunjukkan dengan jelas siapa yang beliau mahu di dalam exco beliau sekiranya menang kelak.
Ini sekaligus menunjukkan beliau satu perancangan kedepan dan berkemungkinan ada perancangan sendiri untuk memajukan bola sepak di Kuala Lumpur.
Dengan yang demikian, Kongres KLFA kali yang ke-32 kali ini sudah pasti menarik kerana mungkin berlaku perubahan drastik di dalam pentadbiran bola sepak Kuala Lumpur kelak.