Persatuan Bolasepak Melaka (MUSA) telah dengan rasminya mengumumkan Curran Singh Ferns sebagai pemain baharu pasukan Melaka United musim hadapan.

Ini berikutan tindakan tindakan Melaka yang telah menawarkan kontrak kepada Ferns untuk musim hadapan.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Ferns, 26 tahun kelahiran Darwin, Australia mempunyai darah kacukan Malaysia-Australia.

Beliau boleh beraksi di posisi Tengah Bertahan (Defensive Midfielder) dan Pertahanan Tengah.

Ferns memulakan karier profesionalnya pada 2015 bersama kelab Australia, Brisbane City FC yang beraksi dalam saingan Divisyen 2 Australia, National Premier Leagues sebelum berhijrah ke Malaysia.

Di Malaysia Ferns pernah beraksi Johor Darul Ta’zim II pada 2016, sebelum ke Negeri Sembilan pada musim 2016 dan 2017.

Beliau kemudiannya menyertai Felda United FC dan membantu pasukan tersebut menamatkan saingan Liga Super 2017 di tempat ke-3, selain membantu pasukan itu mara ke Separuh Akhir Piala Malaysia musim 2017.

Pada tahun 2018, Ferns kekal bersama Felda biarpun pasukan tersebut diturunkan ke Liga Premier.

Beliau walaubagaimanapun kemudianya menyertai kelab Thailand, Sukhothai FC yang beraksi di Thai League 1 2018 dan 2019 sebelum kembali ke Australia menyertai Port Melbourne SC beraksi dalam National Premier Leagues di pertengahan musim 2019.