Penyudah kita tumpul – David Usop

Ketua jurulatih Sarawak, David Usop telah menyalahkan barisan serangan beliau di atas kekalahan kepada Felda United pada hari Sabtu lalu.

Menurut David, di dalam bolasepak sesebuah pasukan boleh menguasai perlawanan, namun jika mereka gagal menyempurnakan peluang, pasukan tersebut tidak akan menang. Beliau bercakap demikian ketika mengulas kegagalan pasukan bimbingannya memungut sebarang mata dari Stadium Tun Abdul Razak.

Dalam perlawanan menentang Felda United, Sarawak FA memulakan babak pertama perlawanan dengan agresif dan hampir menjaringkan gol pada babak pertama, namun kegagalan barisan serangan Sarawak FA menyaksikan Sarawak FA terus buntu mencari gol sehingga tamatnya masa penuh perlawanan.

Di babak kedua, kelekaan barisan pertahanan Sarawak pula menyaksikan Felda United menyumbat dua gol mudah sekaligus menyaksikan Sarawak FA kini di tangga kedua terbawah Liga Super, selepas lapan perlawanan.

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top