Dengan pasukan Bujang Senang kini kembali menjalankan latihan harian sebagai persediaan menghadapi pusingan kedua Liga Super, dan Piala Malaysia, status siapa bakal menjadi ketua jurulatih Sarawak sehingga hujung tahun kembali menjadi persoalan.
Sungguhpun demikian, tanggal 13 June kelmarin memberikan petanda penting berkenaan persoalan tersebut. Petanda tersebut timbul apabila pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS) terus menyepikan diri berkenaan pemilihan bakal pengganti Datuk K Rajagobal, sekaligus menyaksikan pemilihan pemain import ke-empat Sarawak kini terletak di dalam tangan David Usop, jurulatih sementara pasukan Bujang Senang.

Keadaan ini membayangkan bahawa FAS berkemungkinan besar akan mengekalkan David sebagai ketua jurulatih Sarawak sehingga hujung musim kerana ianya adalah tidak praktikal dan sesuatu yang negatif bagi FAS untuk meminta David membuat pemilihan pemain import baharu, jika beliau tidak akan mengemudi pasukan tersebut.
Dalam pada itu, peminat bolasepak Sarawak hampir sebulat suara mahukan David dikekalkan sebagai jurulatih Bujang Senang sehingga musim apabila tinjauan kami di kalangan 226 peminat bolasepak Sarawak di twitter kami @SarawakCrocs, menunjukkan 96 peratus peminat bahawa FAS mengekalkan jurulatih berbangsa Iban tersebut sebagai ketua jurulatih.
Haruskah David Anak Usop diberi kepercayaan (dikekalkan) mengemudi Sarawak sehingga akhir musim?
— SarawakCrocs™ (@SarawakCrocs) May 21, 2016
Dengan peminat secara purata mahukan David dikekalkan, persoalan terpenting sekarang adalah adakah FAS akan berbuat demikian?
Sama-sama kita nantikan.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




pilih defend yg mempunyai ketahanan dan mampu memberi cabaran bola dia atas langit
Kita mharap david buat yg terbaik,, demi FAS,,tunjukan pada mereka bahawa david pun boleh,,yg mcm pemain kpg (x kreatif) tu bgi warning,,,TQ
Gud luck David….buat yg terbaik untuk pemilihan….
DU,ambik Andrei cordos ya.Kamek ada nangga nya main d youtube.Nang boleh tahan..Lasak,rajin dan pandei skor gik..3 in 1
Ambik pmain kbgsaan thailand.
[…] appointment of David wasn’t a huge surprise considering we had already indicated that his active involvement in the June transfer window is a clear indication that FAS is prepared to make promote […]