Pasukan Bujang Senang bimbingan David Usop hari ini menerima seorang lagi pemain untuk diuji.

Pemain terbaru tersebut ialah Boakay Eddie Foday dari Liberia.

Beraksi sebagai pemain penyerang, Boakay merupakn rakan senegara bekas pemain Sarawak, Teah Dennis, yang ditamatkan kontrak pada hujung tahun lalu.

Boakay yang berumur 30 tahun banyak menghabiskan karier bolasepaknya bersama pasukan dari Indonesia seperti Persipura Jayapura dan Sriwijaya, sebelum beliau mencuba nasib di kelab Kemboja, Yadanarbon Football Club.

Khidmat beliau bersama Yadanarbon walaubagaimanapun tidak bertahan apabila beliau kembali ke Liga Indonesia musim lalu bersama pasukan Persipura.

Sepanjang karier profesionalnya, Boakay telah menjaringkan hampir 100 gol sejak 2004, dan beliau kini adalah pemain kebangsaan Liberia.

Sarawak kini perlu menandatangani seorang penyerang berbisa bagi bergandingan dengan Mark Hartmann sebelum Liga Super bermula pada hujung bulang ini nanti. Turut dicari adalah seorang pemain pertahanan bagi menggantikan Teah.

56 COMMENTS

  1. gik maseh ingat aku dolok dlm newspaper muji nyom nyom alois,kwn senegara eto’o, penyerang hebat…last2 nya gia ajak, arap nya tok sik cmya lh,jgn pebulak juak, lak berak berayan kelak cc MrRaziman Nazerin Came Cameron Peteri Aziz Dris

  2. Tahun tahun yng lepas pun OK juga pemain import, namun kalo tak dak hantaran datang mau sepak apa masuk gawang.. Apa tak cari import dari top 3 piala suzuki, waa dia orang pun baik skill, seronok tengok

  3. Biarpun import srwak mesin gol sekalipun,klau xda perancang nk bagus,xda guna pon…..biarpun ronaldo,biarpun messi sekalipun ,mun xda perancang nk berkualiti,pon xda guna….
    Cuma yg penting,import adalah sekurang kurangnya tiga serangkai dari satu kelab…

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here