Presiden baharu Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS), Dato Posa Majais semasa sidang media selepas pemilihan beliau sebagai Presiden, menyatakan bahawa Liga Super adalah satu pertandingan yang sangat kompetitif.
Dalam pada itu, beliau menyatakan bahawa dengan hakikat bahawa pasukan bimbingan David Usop terdiri daripada banyak pemain kurang berpengalaman, maka peminat perlu realistik dengan harapan musim ini.
Mengulas lanjut perkara tersebut, Posa menyatakan bahawa kedudukan lima teratas di Liga Super adalah sesuatu yang sukar dicapai dan ianya merupakan satu bonus jika pasukan Bujang Senang mampu mengakhiri liga di kedudukan tersebut.
Posa yang baru dilantik ke jawatan Presiden FAS pada Sabtu lalu, juga memohon peminat bersabar dan memberikan kerjasama dengan pihak pengurusan baharu sambil berjanji akan turut membangunkan bolasepak di peringkat bahagian.
RECOMENDED LINKS:
- Join our TELEGRAM for latest updates
- Buy the latest EPL football jerseys
- Buy the latest National football jerseys




Insya allah…
#davidusop cuba cari tektikel games yg bagus mcm malam ya xda terus tektikel games long ball long ball sbb ya midfield mati
Coach David ngatur , kita doakan yang baik2 , mansang Sarawak Ibu Pertiwiku….Encang jak…
mun 5 keatas. . .jgn jth liga primer udah lh… asyik2 main long ball. .bgs x boh ada midlield. . .pakey taktikal defend 8 penyerang 3. . .renung2kn lh
Dana hanya 7 juta mampu ke di kedudukan tangga ke 5 keatas.
target realistik adalah kedudukan no 9 atau 10…