Pengurus Janggal 04 menang RM1,000 setelah menjadi juara ScFPL 19/20

SarawakCrocs Fantasy League 19/20 (ScFPL) telah melabuhkan tirainya dan pemenangnya merupakan pengurus pasukan JANGGAL 04 bernama Ramli Kassim (Hilmey Syah).

Berlangsung sejak 2018, ScFPL merupakan liga fantasi berasaskan Liga Perdana Inggeris yang paling agung pernah dianjurkan oleh pihak SarawakCrocs.

Pada musim ini, musim Liga Perdana Inggeris telah tergendala hampir tiga bulan ekoran Pandemik Covid-19, dan ini sekaligus menyaksikan ScFPL turut terkesan.

Sungguhpun demikian, dengan bersambungnya liga tersebut pada bulan Jun, kejuaraan pasukan Janggal 04 yang dikemudi Ramli Kassim tidak dapat dipertikaikan lagi.

Pada minggu ke-38, minggu terakhir Liga Perdana Inggeris, pasukan Janggal 04 mudah mengumpul 71 mata, sekaligus menyaksikan pasukan tersebut menjuarai ScFPL 19/20 dengan 2,364 mata.

Sebagai pendahulu liga, pengurus pasukan Janggal 04 mendapat RM1,000 yang dibayar terus secara ‘bank-in’ ke akaun beliau pada 27 Julai 2020.

Lima lagi pemenang, juga menerima hadiah wang tunai seperti yang dijanjikan pada hari yang sama, sekaligus menyasikan jumlah hadiah bernilai lebih RM2,500 selesai diagihkan seperti yang dijanjikan.

Hadiah – hadiah lain, seperti hadiah bagi pasukan dengan mata tertinggi bulanan, dan hadiah terrendah bulanan turut telah dibayar dengan cara sama.

Hadiah bagi menyertai liga telah ditaja sepenuhnya oleh SarawakCrocs.

LIGA SARAWAKCROCS akan kembali lagi untuk musim 20/21 Liga Perdana Inggeris dan jika anda berminat, anda boleh mendaftarkan minat di pautan dibawah.

DAFTAR MINAT UNTUK LIGA SARAWAKCROCS 20/21

 

 

error: We appreciate it if you\'d share our link instead of copying our text. Thank you.
Scroll to Top