Empat lagi pemain Kuching FA dilaporkan dijangkiti Covid-19.

Setiausaha Kuching FA, Iswandi Ali Hassan dilaporkan berkata bahawa empat pemain terbabit disahkan positif Covid-19 hasil keputusan ujian calitan pertama yang dilakukan pada 25 Julai lalu.

Ini menjadikan jumlah pemain Kuching FA yang dijangkiti virus tersebut menjadi lima.

“Tiga pemain skuad senior dan seorang pemain skuad Piala Presiden yang mengikuti latihan bersama skuad utama Kuching FA disahkan positif Covid-19.

“Kami menjangkakan kemungkinan ada lagi penambahan kes kerana keputusan penuh hasil ujian masih belum lagi kami peroleh. Swap test kedua untuk semua pemain akan bermula pada 4 hingga 6 Ogos depan,” katanya kepada Sinar Harian.

Laporan sama akhbar sama turut mengesahkan bahawa pasukan Kuching FA tidak tidak menolak kemungkinan Kuching FA akan menarik diri daripada beraksi musim ini.

Hal ini akan berlaku sekiranya pihak Kuching FA mendapat arahan daripada Malaysia Football League (MFL).

Pada Jumaat lalu, Kuching FA mengesahkan salah seorang pemain mereka telah dijangkiti Covid-19 daripada Kluster Sentosa.

Ekoran itu, pasukan tersebut telah dengan serta merta menghentikan semua aktiviti latihan dan mengarahkan semua pegawai dan pemain mengkuarantin diri dan menjalankan ujian calitan Covid-19.