Pertandingan liga fantasi SarawakCrocs (ScFPL) semakin menarik apabila hadiah baharu turut ditawarkan.

Hari ini, telah ditetapkan bahawa satu lagi hadiah bulanan akan diperkenalkan, dimana pasukan yang muncul pasukan tercorot ScFPL pada setiap bulan akan menerima hadiah wang tunai berjumlah misteri.

Tips & maklumat berkenaan FPL dari Malaysia

Pengenalan hadiah untuk nombor tercorot bulanan adalah bagi memeriahkan suasana permainan kerana bukan senang untuk memenangi ScFPL, dan bukan senang untuk tewas ScFPL.

Adalah difahamkan bahawa semua kemenangan akan dibank-in ke akaun pemenang.

ScFPL adalah liga fantasi berasaskan sistem permainan Liga Perdana Inggeris yang terbesar anjuran SarawakCrocs. Ianya mendapat penyertaan pemain (manager) dari seluruh negara dengan yuran pendaftaran sebanyak RM30 satu pasukan.

Musim lepas, pemenang wang tunai RM500 adalah dari Baling, Kedah.

Untuk maklumat lanjut dan lengkap berkenaan ScFPL, sila pergi ke pautan ini.