Kelab Bolasepak Sarawak United adalah antara enam pasukan yang kini sudah menarik nafas lega ekoran sudah selesai proses penswastaan.

Ini dilaporkan akhbar New Strait Times yang menyebut bahawa pasukan yang gagal menswastakan diri berdepan risiko diturunkan ke Liga M3 pada musim hadapan.

Pengerusi Jawatankuasa Khas Persatuan Bolasepak Malaysia Firdaus Mohamed berkata bahawa hanya enam pasukan sudah menyelesaikan inisiatif penswstaan, dengan lapan lagi pasukan masih memproses penswastaan mereka.

“Penswastaan dari FA ke FC perlu dilaksanakan oleh 20 persatuan dan kelab yang bermain di Liga Super dan Liga Malaysia, termasuk juga pasukan Perlis dan Armed Forces, yang tidak bermain di mana – mana dua liga tersebut” jelas Firdaus.

“Untuk persatuan, mereka perlu menjalani proses penswastaan dan proses pemisahan.

“Bagi kelab, mereka hanya perlu menyelesaikan inisiatif penswastaan.

“Lapan permohonan masih diteliti, namun kami pasti mereka akan selesai diswastakan sebelum tarikh akhir.

Firdaus menjeleskan juga terdapat lapan pasukan yang belum lagi memulakan proses penswastaan.

Beliau menjelaskan situasi agak merisaukan kerana kini kurang dua bulan dari tarikh tutup inisiatif tersebut.

“Kedah, Perak, Sabah, Police, UiTM FC and Pahang (Liga Super), UKM FC and Kuala Lumpur (Liga Premier) belum memulakan proses mereka lagi walaupun lima daripada mereka sudahpun menerima bantuan dari FAM.

“Pasukan – pasukan ini kini hanya mempynyai dua bulan untuk melakukan proses penswastaan mereka.

“Saya berharap mereka akan memandang perkara ini dengan serius kerana mereka mungkin akan ke Liga M3 musim hadapan jika gagal melakukan inisiatif penswastaan yang diperlukan” jelas Firdaus.