Susulan artikel berkenaan status pemain Bujang Senang bagi musim hadapan ini, pihak SarawakCrocs telah dihubungi oleh pihak berpengetahuan berkenaan status kontrak pemain Sarawak.

Menurut sumber tersebut, hampir semua pemain import tempatan yang berkhidmat untuk skuad Bujang Senang pada musim ini tidak akan mendapat lanjutan kontrak. Sumber ini wqalaubagaimanapun enggan mendedahkan nama pemain yang digugurkan oleh pihak Persatuan Bolasepak Sarawak (FAS).

Dalam pada itu, FAS telah mula mencari bakat baharu di kalangan pemain tempatan Sarawak dengan memanggil sembilan anak muda dari Bahagian Kuching, Betong, Sarikei,  Limbang dan Kapit.

Langkah FAS melepaskan pemain bukan Sarawak, dan mula mencari bakat muda baharu di kalangan pemain bolasepak Sarawak adalah selaras dengan harapan janji exco FAS yang baharu, yang telah menegaskan bahawa mereka ingin membawa lebih banyak pemain anak jati untuk mewakili pasukan Bujang Senang.

Untuk rumusan terkini berkenaan perpindahan pemain Sarawak, sila rujuk ke sini.

36 COMMENTS

  1. Apa masalah FAS tok?? Pasukan lain dh banyak ambik pemain lain..tp sarawak senyap saja..FAS !!!!! bertindaklah dari Sekarang!!!! Kembalikan era Ngap Sayot Dulu!!!!

  2. Adakh Sarawak2017 masih mahu setakat berjuang utk mengekalkan diri dlm liga Super,? Ataupun lbh teruk dari itu… Tunggu dan lihat tim lain sibuk berlumba utk dpt juara

  3. All about DUIT. Bukan sebab kenegerian… Itu alasan semata mata… Local or foreign, football is about money.. Susah nak cari pasukan ball yang bawa team sebab passion of football..

  4. Susah nak puaskan hati semua pihak. Mun dolok d laung utamakan bakat anak sarawak…bila dah dpraktikkan… Dpersoal balit kemampuan anak swak bsaing dengan bakat2 besar dari team lain terutama time kalah…apa salahnya bagi team ruang utk laksanakan perancangan cdaknya.. Bagi pendedahan ngan anak swak… Sbb semangat mewakili negeri dirik mpun tuk lebih kuat berbanding main utk team negeri lain…sekurangnya cdak ada pendedahan dan kalah bersama player kita mpun puas hati berbanding kalah sama ngan pemain dari tpt lain….

  5. buang je semua jgn bgi org luar main dgn sarawak import pun xpyh guna semua tenaga tempatan ingat kalau dh berubah ok juga tapi msh sama ingat liga super tu liga tinggi cabaran lebih kuat kalau nk bersaing guna player yg bgs jgn guna yg tidak ada performance yg bgs

  6. nk guna semua blh tapi fikir juga sumbangan player season ni yg telah byk beri sumbangan sampai sarawak stay kat liga super tapi bila buat perubahan semua mereka di lepaskan tidak kira bgs atau x mmg kena dilepaskan semata-mata guna player local yg main pun bkn bgs piala presiden pun xbgs inikan pula kat liga super aduh mcm2

  7. kalau mcm tu senang je kami semua fan sarawak mahu player n fas capai target dapat satu piala n berada kat kelompok tiga teratas so tiada istilah tidak dapat ye fas and player

  8. Peruntukkan kewangan utk team swk 2017 lebih kecil dr 2016 dan sblmnya. Disebabkan sumber kewangan yg terhad, swk tak dpt cari permain import yg bergaji besar sgt. Namun begitu, kita harap taktikal coach David menjadi di musim depan dgn playernya yg 90% anak swk. Tunggu dan lihat.

  9. Sebagai penyokong pasukan Swk saya rasa pasukan kita masih perlukan pemain luar jika kita nak berada dlm kelompok pasukan yg disegani. Jika di teliti taraf pemain kita masih banyak yg ketinggalan. Kita menggunakan pemain luar untuk menutup kelemahan padukan. Contohnya bahagian pertahanan dan tengah. Kita ada pemain tempatan tapi untuk memikul tugas ke tahap yg tinggi belum ada. Kita belum ada pengganti M. Ali Shafie, Ramos & Ramles . Kematangan mengawal permainan adalah perlu. Semoga perkara ini dpt di atasi dan Swk akan disegani bukan team belasahan.

  10. Kita.maseh perlu import tempatan dlm.5 ke 6 org.ckp.lah tp biar ada kualiti yg dpt membimbing cdak player local kita. Amik semua tempatan tp xda pengalaman n xda senior nak guide pun payah juak. Kedak belajar d sekolag bah perlu ada urang guide.

Comments are closed.